»

Wednesday, December 17, 2008

Mati

Mak aku cakap " bunga mati kalau ndak disiram"

aku cakap " blog mati, kalau ndak da org lawat"

mak aku " blog tu, bunganya warna apa?"

Tuesday, December 9, 2008

sepanjang form6, setahun setengah, aku hanya membeli tidak lebih dari 6 buah buku. aku tak pernah minta sesen dari parent aku utk beli buku.
dan kepayahan serta kesusahan tidak memerlukan aku mengikuti mana2 program motivasi.

Friday, November 28, 2008

TtttttttttaaaaaaaaaDDDDDDDaaaaa........

Assalamualaikum wbt,

hi san, hai ris, hai chi, hai yan, hai fei, dan hai hai hai.... lama menghilang ka? ehm tidak la ba juga lama sangat. aku masih di subang lagi. tidak lama lagi berhijrah la di kampung halaman ku yg tercenta tu.... flight ku 7hb 12 2008.

x tau lagi apa perancangan balik kg? buat masa ini yang jelas di depan mata... jadi tokeh kambing. itu pun laki punya bisnes la. aku duduk rumah ja. dikatakan lah satu hari nanti kawan2 semua terserempak atau ternampak aku tengah duduk tepi jalan menadah tangan.... diam2 saja la ya... tedada duit mo belanja kopi. tapi kalau satu ari nanti kawan2 semua nampak aku duduk2 di kadai kopi... tegur2 la aku. kompom aku belanja kopi o kurang manis. huhuhuhu

NurulExUSA2

sajak

rindu menerpa tatkala api cinta sudah padam
tatkala api cinta itu telah menjadi arang
debu jadi penyampai khabar
pada teman-teman yg bertebaran
dalam malam yg panjang
betapa aku masih setia disini
pada unggun yang telah padam.


ipoh. 28 November 2008

Wednesday, November 12, 2008

kenangan utk 80's babies..mcm kita

Untuk bacaan pada masa lapang...


Enjoy...sure korang teringat balik zaman2 skolah dulu...


Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:


Tita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.


Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. Mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah...


Ingat tak, misi (jururawat) kat sekolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. Ada gigi yangberlubang, kene laa tampal.


Ni sure korang ingat...program minum susu di sekolah. Nak galakkan budak2 time tu minum susu. Sekotak 30 sen jek beb...


Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan...kan?


Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.


Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dengan family. Ni for those yg dok KL laa


Time sekolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...


Internet? email? amendalah ape tu? CD? ape tu? kaset tape pernah laa dgr. Tiket wayang pun 5 ringgit je.


Kite pergi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee, Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna-warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.


Tak dilupakan, 'Ti Kam'. Bila dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dalam class.


Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. Boleh beli aiskrim ngan apek kat luar sekolah tuh...


Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. Tinggal kan kerje sekolah, jom kita pegi makan. Budak2 yg dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal.


Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. Main bola laa, rounders laa...


Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang ais krim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...


Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 colour tu. Kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!


Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. Baling2 kapur laa.


Hhmmmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. Sekarang digelar 'remaja'.


Bagi diaorg, diaorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are theChildren...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diaorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...


Bagi diaorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.


AIDS wujud sejak diorg lahir.


CD pun wujud time diaorg lahir. Michael Jackson dah putih dah time tu.


Daiorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.


Diaorg tak boleh bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.


Daiorg tak pernah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.


Diaorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.


Dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive di universiti tanpa handphone...


Hhmmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:


Korang paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

Kebanyakan member2 sekolah menengah kite dah kahwin


Korang sure pelik bile nengok budak2 kecik main komputer, selamba je

Kita geleng kepala bile tengok budak2 sekolah menengah guna handphone

Kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

Bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

Last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir utk forwardkan dekat member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa...hehehe
Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?

Tuesday, November 4, 2008

nama Jowo

kalau ada sesape yg cari nama anak, ada bunyi2 jawa sket, ni ada options..siska, fredy rase2nye xde.

1.harap besar esok akan pandai tanam bunga,dberi nama Rosman
2.agar pandai membaiki kereta,dnamakan Karman
3.agar average dalam permainan golf,dnamakan Parman
4.agar pandai dalam bidang pnulisan,dnamakan Suratman
5.agar gagah perkasa,dnamakn Suparman
6.agar boleh mendengar sambil berjalan,dnamakn Wakiman
7.agar selalu bertanya,dnamakan Asman(ask)
8.agar pandai membuat kuih,dnamakan Paiman(pie)
9.agar menjadi pakar jualan,dnamakan Salman
10.agar mjadi pakar dalam alam sekitar,dnamakan JASman
11.agar pandai melukis,tulis sajak atau menyanyi lagu,dnamakan Saniman
12.agar menjadi doktor gigi,dnamakan Sugiman
13.agar cepat naik pangkat,dnamakan Yasman
14.agar jadi kaki pukul n dera org,dnamakan Deraman
15.yang ada darah Benggali,dnamakan Manbai
16.agar pandai mengurus skim cepat kaya,dnamakan Pakman (telo)

Monday, November 3, 2008

Sabah FM..bagus bahhhh..

ni link mau pegi sabah FM. http://www.shoutcast.com/directory/search_results.jsp?searchCrit=simple&s=Sabah+fm

aku cuba carik sandakan fm , ndak da plak. ada sesiapa ada linknya..sangap nak dengar sandakan fm

Friday, October 31, 2008

NaMa JepanG

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI

15. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

YaNG PeNTiNG PuaS HaTi

Selamat pagi.... ari ni aku nak cerita. tau apa yg aku puas ati??? aku puas ati sangat2.... adik aku bagi sebijik penumbuk kat maid aku.

selama ni anak aku yang sulung tu telinga dia penuh dengan bekas2 cedera. luka tak sembuh lagi.... petang2 tu ada luka baru. aku balik dari kerja tengok kepala dah warna biru2. rumah x payah cakap la bersepah.... anak kadang2 makan kadang2 tak. ikut mood....

tapi aku tak pernah sekali pun jenitk ke, cubit ke, marah ke, apatah lagi tumbuk atau mendera maid aku tu.

tapi semalam aku puas ati sbb adik aku yg sorang ni bagi sebijik kat dia sbb anak aku yang umo baru setahun tu maid aku pi ketuk kepala. adik aku cakap dah banyak kali maid 2 ketuk kepala anak aku. maid aku nangis smlm.... aku diam je.

biar padan moka dia.... aku bagi gaji dia senang2 ketuk kepala anak aku. buat kerja pon tak lulus... suka2 je nak ketuk2 kepala!

yang penting aku puas ati... biar dia tau tidak semua orang layan dia mcm malaikat!!! PADAN MUKA KO TENG-TENG!!

NurulExUSA2

Thursday, October 30, 2008

KaPel2

zaman kita ramai couple kan. tpi x ramai yg jadik suami isteri. kalau x silap aku cuma abidin n budak enam 6 bawah tu. yg laen? mngkin masa tu gelojoh (hahaha..perkataan) utk berchenta.

masa tu kita belum tahu dunia ni luas. akan ada ramai lagi orang yg kita akan jumpa. akhirnya kita memilih utk berchenta2 di sekolah. bila dah masuk U, baru tahu..
"perghhh..menyesal gilak kalau aku kawen ngan dia..'
mungkin sebahagian dari kita berfikir begitu.

kadang2 kesal dan sedih tgok adik2 kita.yerla, kita pun prnah melalui zaman tu, kita tahu manisnya bunga chenta. tapi chenta budak2 skrng banyak didorong oleh kehndak nafsu. akhirnya bila "bunting" yg lelaki lepas., yg perempuan jugak beranan sorang2.

mereka, kita dan anak2 kita, adalah pewaris negara ini. kalaulah pewarisnya hancur n tidak bermoral, apakah lagi yg diharap pada masa depan?

Wednesday, October 29, 2008

FeI&aKu

Nama Manjer

aku rasa kebanyakan dari budak uppersixers ada nama manja kan..apa nama manja yg korang ingat lagi?

gabu- sapa nama betul dia ek?
sop- sopiah elal
amir-labatta' @ laks @ lahaking
usman-emang
rubiah-fei
azean-chi

lain2?

Tuesday, October 28, 2008

CeRitA sI AnaK KuBurAn

Salam semua warga x-Smk..ataupun yang masih di dlm SMK!..

Ndak taulah adakah lagi org kenal aku ni. Sebab aku budak baru dlm uppersixers 99.Mungkin segelintir jak manusia terpilih yang kenal aku..chehh perasannya anak pakcik Azman ni...

Aku baru masuk SMK tahun 99.6 atas sudah tu. Lower six aku dua bulan jak di SMK Muhibah. Masih budak2 lagi bah time tu, bersekolah pun mau cari geng yang betul2 geng.Aku minta pindah ke SMK sebab di SMK ada geng karas ku si Masnoni.Tapi dia di USA1.Di Muhibah dulu, nada satu orang pun yang aku kenal...lain betul aku rasa fenomena tu. Mengkali juga aku anak manja terbiasa dikelilingi oleh orang2 yang aku biasa jak.Lepas tu rasa ndak best sebab kembar aku pula ndak sambung sekolah lagi.Bayangkanlah bah...dari kecil dari Tadika, mesti ada sidekick ku di sebelah sampai form 5.Bila form 6 single mingle jak ni berjalan...macam ganjil betul aku rasa dan macam org bodoh berjalan sorang2...huhu

Sampai pacik ku yang garang mau mampus tu marah aku. "Dalam kubur pun kau satu orang jugak!"....aku ingat kata2nya tu sampai sekarang aku sudah independen boleh berjalan sorang2 walaupun limpas kuburan huhuhuhu......

To be continued aku mau bersiap mo pi sekolah...Salam..

Norazean Azman USA2.

Thursday, October 23, 2008

CaRa Nak PosTing

salam,

buat kengkawan yg berkeinginan utk berkongsi cerita, mengimbau kenangan, membongkar rahsia atau apa sahaja bolehlah menghantar artikel dalam apa jua bentuk sama ada cerpen, certot (cerita kontot), novel bersiri, pantun, syair, gurindam atau apa sahaja bentuk kepada alamat e-mel moderators :

uppersixers@yahoo.com

segala artikel akan disiarkan tanpa editing dari segi makna dan rasa.

sekian.

moderator uppersixers

p/s : dyan, sori x reply SMS ko, aku ada dalam court tdi. apa2 pun...ulu pun ululah..yang penting iban..heheheh..jgn marah eh.

Wednesday, October 22, 2008

Open FoR All?

ni cadangan aku. sekadar cadangan je la. memandangkan hits blog ni semakin menghampiri ke angka 2000 dalam tempoh hanya lebih kurang 2 bulan, maka aku telah berfikir menggunakan otak kanan aku untuk membuka blog ini kepada all ex-smks, termasuklah guru-guru, pengawas-pengawas, staff2 dan pakcik drebar . ini bagi memeriahkan lagi blog ni.

hujah saya, walaupun blog ini pada mulanya dibina atas tujuan dan matlamat utk mengumpulkan semula uppersixers 99 smks, namun sehingga kini, hanya blog ini yang sehingga ke hari ini yg dibina atas tujuan itu. so, disamping menggalakkn pembinaan blog2 dari ex-smks dari puak tingkatan 5 ke, kumpulan budak2 asrama, kawanan pengawas(ahakz..)adalah baiknya kita berkumpul disini dan saling bertukar maklumat.

itu cadangan sahaja, kalau tak setuju katakan tidak, kalau bersetuju katakan ya.

ada "bran" respons?

Monday, October 20, 2008

my secret recipe

aku rabun.tapi aku tak nak pakai cermin mata.macam budak skema.



so bila che'gu2 menulis di blackboard aku memang x nampak. aku cuma nampak che'gu ja.



sebab tu sebelum masuk kelas, aku baca dulu. dalam kelas aku cuma dengar n cuba fahami. bila balik rumah or hostel, baru aku buat notes atau mind maps. sebab tu korang jgn heran kalau aku bawak sekeping file ja pegi masuk kelas.



alhamdulillah, dari kekurangan tu aku beroleh sedikit kelebihan.



tapi yg paling basic, jangan sesekali melukakan hati seorang guru.

Friday, October 17, 2008

bLaCk & wHiTe

pembentangan pengajian am

ari 2 cikgu ku swee lan suruh kitorang semua pakai baju itam puti... hanya c aris ja yg berjaya pakai baju itam puti 2 sekarang. huhuhu....

siuknya masa 2... masa pembentangan, antara kena komen aku la. sbb suka menunjuk bila bercakap.... bukan apa 2 cover nervous....

NurulExUSA

CaNDy....

ntah sapa punya idea la, letak gula2 atas meja cikgu? cikgu ahmad masrizal suka makan gula2 kopi 2...
ntah la sapo la yg komplen 2?
sebab musabab di komplen? tolong jawab?

NurulExUSA2

Wednesday, October 15, 2008

sandakan-kota kinabalu

siapa yg masih ingat MH apa kita naik sama2 masa fly pi semenanjung ari 2? siapa ada simpan tiket 2? aku ada juga... tp kena selongkar balik la harta karun aku di rumah 2.

ko kena ingat Ris... masa di apot sandakan... abg ipar aku cakap ko kena jaga aku... kha3.

aku x ingat sangat siapa dgn siapa yang fly sama2 dari sandakan-kk-klia ari tu... cuma ada beberapa nama. nama yg aku x sebut jan kecik ati ya... aku, rosdiana, santi, diana, mey, haris, sabturina, ct jamilah, simin, siapa lagi yaaa? tolong tambah ris.

masa sampai di KK ntah tidur rumah siapa la 2. tp yg aku ingat suku sakat c haris juga. semoga keluarga 2 dimurahkan rezeki & hidup aman bahagia... bersesak2 di rumah hamba Allah 2. tp yang penting tujuan sebenar menuntut ilmu.

masa ni ko ingat lagi ka santi? ko ni kan san... nampak di luar ja ko sombong betul... tapi sebenarnya ko baik hati... ada ka patut c Ros cakap dgn ko.."san, ko jangan tersisih pula kami ni memang mcm ni" masa 2 kan ko tidak geng dengan kami lagi. ehem ehem macam la ko ni sombong betul kan San? kan kan kah... 2 la orang cakap x kenal maka x cinta.

susah senang kita di UKM ada juga kita bantu membantu kan?

sampai KLIA... kita berpecah... siapa pi UKM, UM, UUM, USM ? tinggal la aku sorang di KLIA tunggu kakak aku yang jemput...

NurulExUSA2

St. Marry

aku ngn c haris... ko ingat lagi ka ris? kita pi st mary ari 2. ntah apa la buat ari 2... kursus ka apa lupa laaa.. tp sijil dia aku masih simpan lagi la

situlah bertemu mata dengan penulis othman puteh & lim swee tin... masa sesi Lim swee tin 2.... suruh buat puisi. c haris ada deklamasi masa 2... ok gak dia perform ek?... ms 2 c haris la paling glamour... kalah budak2 sekolah yg lain.

buku yg aku beli masa 2 siap ada singature lagi... tapi tah mana la c sop simpan. smpai sekarang x balik ke tuannya.... x pa dihalalkan...

balik dari sek st mary kita naik bas labuk ka ris... balik 2 jalan jauh2 la kira 2meter... nt kena gosip pula...

-NurulExUSA2-

Tuesday, October 14, 2008

aku orang sabah laa

sebenarnya malas nak cerita, tapi sebab xde pe aku nak tulis, n nanti c nurul bising sebab aku x upadate, maka aku tulis la cerita ni.

sepanjang aku hidup di smenanjung ni, belum pernah ada seorang pun yang boleh kenal aku sabahan kalau aku x cakap. itupun dah cakap, ada yang tak percaya lagi. dah tunjuk ic no 12 kat tengah, baru dorang setengah percaya.

sebenarnya aku x selesa begitu, aku kadang2 dah bosan nak jawab soalan orang yg x percaya aku orang sabah. kalau dorang x percaya aku ni sabahan, then kemudian kata aku ni muka cam orang eropah ke, ok gak. ada ke kata aku mamak..cheisss.

ada jugak yg kata aku ni lupa sabah bila aku xnak pelat org sabah. well nak buat camner, lidah dah tepu makan tempoyak n petai..heheh..xderlah, aku sebenarnya akan cakap sabah bila orang tu cakap sabah. cume aku memang x boleh nak counter cakap sabah bila org tu ckap semenanjung. sebab tu bile ada member sjung ajak aku cakap sabah, aku x bole nak pi, sebab kena ada lawan cakap baru bley kuar speaking sabahan.

tapi yerlah, bila duk ipoh ni, aku memang jarang jumpa ngan sabahan. cuma untuk tidak menyebabkan loghat n pelat sabah aku hilang, aku sering berborak dengan baby aku dalam bahasa sabah. bior deme tahu yop, walaupun anak teman lahir kat perak, tapi teman berlabun dalam bahsa sabah, bior dia tahu asei usulnya.

bagi aku, nak cakap bahasa apa pun, xder masalah. yang penting x lupa asal dan tempat dilahirkan..aramaitiiii

Monday, October 13, 2008

Class Geo...

ok sambung.... sambil petik jari. pen dah ready... cikgu baca nota ja. kita salin. Jam dah set awal2 bunyi sj kompon abis masa subjek 2.

1 hari sbb selalu mengantuk time salin notes... set jam lebih awal dari masa yang sepatutnya... Ringgggg cikgu esmadi pon keluar!!! na na na nurul habis la kalau pengetua limpas... aku stedey ja sebenar nya takut!!! x pasal2 aku yang kena nanti...

pernah gak cikgu esmadi pi kantin.... konon2 pi bilik segar. naseb baik studen semua spoting.

wakaka wakaka 2 la kenakalan yang pernah aku buat dulu2!!! pas 2 x pernah buat lagi la. yang penting seronok masa kelas geo...

Paling terror bagi soalan c Rahman... ada2 sj soalan genius dia 2.

-NurulExUSA2-

Paper Geo...

sorang pon x tau tiap kali exam @ test subjek Geo.... last sekali mesti aku tulis "Cikgu doakan kejayaan Saya... terutama subjek febret sy Geo" cikgu esmadi pon akan balas "Cikgu doakan kejayaan semua, berusaha lebih"

Alhamdulillah tiap kali test@ exam aku x pernah gagal. markah tinggi x pernah la dapat.

-NurulExUSA2-

....

masa menjadikan kita semakin jauh dengan kenangan. kadang-kadang memaksa diri untuk kembali kepada kenangan hatta yang indah-indah pun terlalu sukar. sebab itu ada yang tidak mahu memaksa diri, biarlah kenangan itu luput bersama arus masa yang belum berhenti.

aku bukan sentimentalist, bukan juga seorang yang romantis (kata isteriku) tapi aku suka memaksa diri aku untuk kembali ke kenangan yang indah-indah itu. yang pahit juga datang bersama, tetapi saja aku sisihkan. sebab itu bila bercerita tentang kenangan lalu , aku boleh mengingatinya. ada yang aku terlupa, sebab itu aku meminta sahabat-sahabat memenuhi keterlupaan itu.


kalau hendak berenang-renang
jangan berenang sampai ke pagi
kalau hendak mengenang-ngenang
kenapa kasih termimpi-mimpi

Thursday, October 9, 2008

AweK BAru II

aku dulu ada sorang awek.

hari-hari aku kena tunggu dia kat bus stop. wlaupun lewat aku tunggu jugak. tapi dia selalu tak datang sekolah. aku selalu kecewa bila menunggu

satu hari. aku tunggu dia jugak. aku tunggu kat depan pintu pagar sekolah.

"sapa suruh datang lewat, bagi nama" hari tu aku "saman" dia sebab datang lewat.

hahahah..ampun..ampun

Raye

Raye haji. Ust. kata nak wat burasa'.

aku, hairil, amir, usman cari daun pisang. kitorang succes, bawa pulang daun pisang yang muda-muda.

ust tanya"terer korang amik daun pisang, amik yang kat pucuk je"

kami'heheheh..."

petang tu, org JKR yang duk tepi sekolah mengamuk ngan ust, sbb kitorang dah tolong "bersihkan" kebun pisang dia.

hahahah

Tuesday, October 7, 2008

Once Open a Time....

Once Open a Time.... dalam bas... bas labuk. lepas bukak puasa & Exam Stp hbis... pi ramai2 bukak pose sama2 di bandar.

hujan lebat... baju sekolah 2 kuyupp habis. siapa yg x pakai baju dalam 2 faham2 je la.... aku mcm biasa time 2 alim2 kucing. pakai tudung labuh selamat sikit... babat pun kompom x nampak...

studen gurl ni semua sdh naik bas sdh ambil tempat duduk yg paling strategik dan selesa di bas biar pun basah kuyup...

budak2 lelaki pulak naik bas... sorang2 naik faizal naik... kashim naik... suhaili naik... hairil naik... Amir lahaking naikkkk.... "ui na jelek2 juga rupanya kamu ni kalau basah!!!" kurang asem betul mulut dia!!!! cewek dia c sop ada juga masa 2... kasian dia terasa pulak....

-NurulExUSA2-

CuTi SeM...

nak dekat cuti sem...
lampu kasi tampal paper... bagi kalerpul... duit suda collect... budak daraja 6 pun kena pulun juga, x buli mesti bayar jugak. dapat duit... beli bhn2 masak... suruh makcik & c sudi masakkan... x sabar menunggu malam tiba.

malam.... selepas solat isyak.... disko dekat bilik sebelah bilik 2 surau aspuri... lampu apa lagi lip lap.... ada budak 2 name ja muslimah.... tapi menari kuco kuco ho tahaiii... mengalahkan kajol...

tiba2, nurul stop... mey stop... ika stop... mulie stop...napa? Abg Hair panggil... kena marah. ambil roti di dapur asrama... pada hal dah minta kebenaran awal2.... anak sapooo la dengki sangattt repot kitorang bukak nite club mlm 2...

naik hostel... rosak mood!! pesta tak menjadi!!!

-NurulExUSA2-

ada HANTU di asrama II

malam. budak2 uppersixers kena attend kelas tambahan malam.

malam tu dorang tumpang tido kat dorm uppersixers.abdillah, aku, kashim, suhaili main terup kat dalam dorm.

abdillah tnya."budak pompuan boleh masuk asrama lelaki ek?"

"mana bole..apsal tanya?"kashim

"apsal budak pompuan tu selamber je jalan kat luar dorm tadi?"

kashim, suhaili, amir tidur sekatil malam tu...

ada HANTU di asrama

aku.duduk kat luar dorm uppersixers.hairil, ketua asrama ada sekali, layan teh O n biskut kering satu balang. walaupun kouta biskut cuma seorang sebungkus, kami ada kuasa veto minta lebih. kami kan abang...

aku bagitau hairil. "semalam aku nampak ada pompuan baju putih tepi tingkap bilik abang warden"

hairil diam.

esoknya hairl report."semalam abang warden tidur sebilik ngan cikgu, takut ngan hantu kat tepi tingkap dia"

aku. "siapa cakap ada hantu?"

Monday, October 6, 2008

library

aku.hairan.

apsal budak2 ni pegi library kejap sangat. kuar pintu kelas je, lima minit dah datang balik. magic ke?

seminggu kemudian.aku. "laaa...kat sebelah ni library ke?"

Sunday, October 5, 2008

REUNION = 111111

Lilypie Date is set Ticker

Sunday, September 28, 2008

AsRaMa Vs AsMaRa

apa lagi cerita beshhh yg aku mau kongsi dengan kamurang.... minta maaf para penonton, bapak bapak ibu ibu semua yang ada di sini.... oleh kerana yang mengendali dan mengontrol tis blog aku ngn c haris... maka kebanyakan ceretera berkisar dari sudut pandangan kami dan apa yang kami tau jakkk... kalau kamurang ada idea dan ceretera yang lebih gempak dan menarik... bg tau la kitorang yaaa...

x lama lg aku balik kg... banyak gambar2 kitorang ada dalam simpanan aku lagi. kalau aku boleh balik kg nt aku masuk kan gambar2 kitorang ya... sabarrrr... balik kg nt aku jd penganggur terhormat, jadi banyak masa aku luangkan di blog ni... kalau kamurang jumpa aku jan sombong yaaa mentang2 aku penganggurrr...

betul kata c haris 222 kebanyakan cintan2 di sekolah dulu adalah cinta monyettt. hanya beberapa ketul ja yang kekal... mcm si simin dengan c sumarnieee dah jadi pun mr dan mrs... huhuhu kongratulateee la sama kamurang berdua... aku pun x terlepas dari cerita cintan2 ni... bercintan sakan dengan budak junior(budak lower 6) siapa tau diam2 jak yaaa... tapi oleh kerana x mendapat restu maka dibiarkan saja la budak tuuu... kasian dia tawww... tapi itu kan cerita lama. jangan2 dia pun sdh ada rumah dan tangga. huhuhu

ingat lagi dating dengan budak 2 bawah pokok tepi longkang... dia datang asrama masa 2. aderrr pulak ust khalid (yg suara merdu sikit 2) siap dia tanya aku nurul buat apa tu? aku ngn malu2 x apa ust... huhuhu... kalau nak x ada duit nak belanja gilpren bawah pokok n tepi longkang pun jadikkk... huhuhu budak2 roomate yang lain bukan main xcited lagi kalau kitorang dating... ada yg siap iron baju aku lagi... dorang pulak yg lebih2 huhuhu kelakar...

ramai lagi yg kapel2 masa di asrama 2... asrama bukan lagi asrama tapi dah jadi asmara huhuhu..

oklah hero aku yang satu lagi dah bangun... 2 b kontinue

Nurul-ExUSA2

SiPuT BaBi AsRaMa

Aku sebenarnya malas tengok blog ni kosongggg sj x apa2 catitan terbaru. nasib baik aku boleh log in pagi ni. sekarang ni masa 8.44am.... anak2 aku masih membuta begitu juga dengan daddy dorang tue. termasuklah ngn maid aku sekali masih membuta... kain baju belum di basuh lagi. kadang2 tue baby aku sdh bangun dia pulak x bangun2 lagi... cian baby aku 2 dia kurung dalam bilik selagi dia x cukup tidur...

oh ya siapa yang tau pasal SIPUT... siput yang aku kongsi dengan kauorang ni bukan siput yang ada dalam laut ataupun siput babi... siput ini adalah gelaran orang dengan aku. masa 2 duduk asrama... aku tidak tau apa sebab utama masa 2 USA1 & USA2 saling tidak berngam... aku pula biasa2 ja dengan keadaan 2... bukan aku ja la ramai lagi yang laeeennnnnn...

tapi yg x senang atinya situasi itu dengan aku2 sekali terheret...(8.50am anak sulung ku sdh bangun, dengar suara dia d luar-breakfirst dia x sedia lg 2. ). Siapa kenal dengan perempuan yang dipanggil "Daya"... wah sampai sekarang muka dia, nama dia, dan semua yg ada pada diri dia aku terlalu benccciii. boleh dia gelar aku SIPUT BABI... aku tidak tahu apa motif dia gelar aku. asal nampak aku ja mesti dia jerit2 siput!!!! siput!!! dan siput!!! aku punyalah sakit hati masa 2. berani dia buli aku. tapi aku diam2 jak. dia ni geng ngn c Fei juga... aku ingat lagi masa 2 tunggu turn nak mandi... boleh dia jerit dari tangga "kak Fei... cepatlah... nanti siput potong barisan..." geng sgt dengan c Fei... pada hal sebelum dia geng ngn c Fei dia la orang No. 1 menyampah dengan c Fei... aku tu diam2 ja... kalau aku layan perangai budak 2... sama jugala 2x5=10... diam ja la

tiba masanya... result STPM & SPM keluar... aku terserempaklah budak Daya & C puteri ni di Bandar Sandakan... masa 2 aku dengan C Mey... boleh dorang tanya kami berapa kami dapat STPM... aku ni dengan muka tak malu bagi tau la yang kami dapat biasak2 ja... tapi boleh la layakkk masuk U. aku tengok jakkk muka budak Daya 2... huishhhh tak rela memandang mukaaa Siput ni... apa tak nya... pangkat 3 pun x dapat!!!! huhuhu sekarang jangan2 dia yang dah jadi SIPUT BABI!!!

Kha kha kha hidup SIPUT BABI... untuk geng2 dia yang pernah mengumpat aku & menggelarkan diri aku sebagai SIPUT BABI lebih baik kamurang cari dia... ntah2 santapan dia sekarang pun SIPUT BABI juga... selamatkan lah dia... bertanggungjawablah kamurang... kamurang kan geng dia...

Maid aku ni pun buat kerja pun macam siput juga.... tapi sebagai majikan yang sepatutnya demand aku x la sampai la menggelarkan diri dia sebagai SIPUT. dia bagi makan anak2 aku on time cukuplah. cukup bulan dapat gaji jugakkk.... tapi orang yang gelar aku sebagai SIPUT termasuk geng2 dia sepatutnya bagi aku ganti rugi saman malu...kha kha kha... maruah diri aku tu di perkotak katik kan oleh Daya n D geng!!!!

wakaka wakaka.... untuk semua aku mintak maaf hujung rambut smpi hujung kaki... termasuklah aku mintak maaf dengan Daya n D geng!!!! sbb kongsi betapa kejamnya kamurang dengan aku dalam blog ni... aku manusia... bukan binatang oleh sebab aku manusia di hari yang mulia ni aku maafkan korang semua...

SELAMAT ARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN

Nurul-ExUSA2

Friday, September 26, 2008

No perhubungan n alamat

Salam

aku cadang nak wat database utk geng uppersixers. so korang bolehlah hantor mklumat terkini mike semua ke alamt emel blog ni. so kalau mike perlukn apa2 mklumat, mike boleh tnya teman atau c nurul..ok...adiosss

Thursday, September 25, 2008

'Kapel' stories..

mungkin kerana suasana dan hormon yang merangsang utk kita zaman tu utk berkapel. 'cinta suci?' i dun thnk so. tu pandangan peribadi aku n mngkin aku tak share the same sentiment dgn orang lain.

aku juga pernah berada dalam alam itu. orang kata cinta monyet, aku pun x tau kenapa. sebab perangai cam monyet ke time bercinta tu, bergayut je..masa tu takde handset lagi.kalau nak gayut pun public phone ler jadik mangsa, x privacy langsung.

kadang-kdang kena carik port utk date, masa tu takde duit lagi, jadi kena pandailah carik tempt yg free, mcm library, kantin (bley belanje sirap n karipap je), stesen bus ke, aku? aku atas bas..hahhah

itu sebahagian dari perjalanan utk mencari kedewasaan. mungkin ada yang bertemu tempat berhenti dan membina istana, ada juga yg terpaksa atau suka rela meneruskan perjalanan dan mencari tempat bermukin yang lain.

mungkin masa itu kita terlalu muda utk menafsir erti cinta, dan kita menterjemahkan cinta dalam maksud yang mudah. kalau kenang2 balik, lucu pun ada, malu pun ye..but its part of our sweet memories

bagi aku, aku tak tahu nak tafsirkan macam mana. maybe we just friend, a close friend, we share almost everythng..but not our love..

Tuesday, September 23, 2008

NaMa gLamer

" abg aris!"
aku.buat tak dengar.

"abg pengawas!"
aku. tak peduli

"wei, gaban!"
aku.jeling sikit.

"abg awie..."
aku"ye saye"

Monday, September 22, 2008

SaLam Eid 'Ul-Fitr

Salam aidilfitri maaf zahir & batin dari kami sekeluarga. moga beroleh keampunan sepanjang ramadhan. moga dipanjangkan umur untuk kita bertemu

suAtU HaRI- spotcheck II


hari ni spotcheck lagi. tapi semua orang dah tahu bila spotcheck, sebab separuh dari kelas pengawas.

usman cemas dia tak pakai stoking. Dia pujuk rashid pinjamkan stoking dia sebelah. " ok shid, kalau pengawas tanya stoking kau, kau selak kaki kiri, aku selak kaki kanan, ok?" "ok".

pengawas mat sabri dan mat minyak rambut tebal datang. dorang nak tengok stoking. " angkat kaki seluar"

usman angkat kaki seluar belah kanan, rashid belah kiri. dua-dua same kaler, biru....

suAtU HaRI- spotcheck

hari ni spotcheck lagi. tapi semua orang dah tahu bila spotcheck, sebab separuh dari kelas pengawas.

usman cemas dia tak pakai stoking. Dia pujuk rashid pinjamkan stoking dia sebelah. " ok shid, kalau pengawas tanya stoking kau, kau selak kaki kiri, aku selak kaki kanan, ok?" "ok".

pengawas mat sabri n mat minyak rambut tebal datang, spotcheck. tapi dorang xnak tengok stoking, dorang bawa amanat che'gu disiplin, suruh check rambut.

aku. "aku x cakap dorang nak check apa kan..kan.."

AweK BAru

ari ni ada budak pompuan masuk kelas 6A2. lawa..umie aida ek? pergh..bleh tahan..jadi bini best gak ni....blink* blink* ..aku berfantasi

"rumah kat mana?" aku mesra bertanya.

" jalan aman...." dia jawab ngan senyum misteri.

aku pun senyum balik. senyum takut....

Mari belajor bahasa oghang perak

memandangkan teman dah duduk perak, teman nak ler berkongsi dengan kome semua sedikit bahasa orang kat sini. biasanya yg kome tengok dalam tv tu bahasa org parit ( adik beradik org sungai kat sabah ), tpi perak ni mcam sabah jugak. tiap daerah mempunyai loghat dia sendiri. ate..apei tggu lagi yob, moh kiter belajor ckap perak.-
Awok - Saya.
ate- habis tu
belabun-berbual
bengken-garang
cekoh-sentuh
deme-awak, kamu
gebor-selimut
haram-takde
gamaknya-agaknya
jaki-dengki
jenuh-puas
jogheng-over acting
labang-pekak
kokak-gigit

setakat itu je utk ari ni, ade mase teman sambung. ate. org melake ada nak tambah keee?

Friday, September 19, 2008

Karier kami

Upper Sixers: Karier: "memang niat nak buat re-unioun, tapi kekangan masa dan goegrafi selalu menjadi halangan besar untuk mengubah hajat kepada perbuatan. namun tidak bertemu bukannya petanda tidak berkhabar. kadang2 pertemuan tidak sengaja, lebih mesra dari pertemuan yang diatur. aku listkan sedikit nama dan karier kawan2 kita sekarang yg aku tahu. nanti korang tambah2 la ek. ni ikut urutan tempat duduk kerusi masa kat kelas.

1) Hairil - mamat ni habis belajar lngsung xde khabar, kat pamol ke?
2) Suhaili-ni pun sorang, roomate aku masa kat asrama, mana entah
2) aku - peguam
3)Adin-ni pun aku tak tau, ex ko eh nurul?
4) Kashim- keja kat kilang as admin officer
5)Abdillah-denga cerita dah kawen, tapi tak tahu kerja mana,
6) Suhaili - dengar dah jadik pengurus ladang
7) Herman - last sekali jumpa dia keja kat Tekun
8) Rahman - Officer bank rakyat sandakan
9) Kasim- wallu'alam, mana pegi
10) Mazni- kata ada kat s.alam, aku pun x pernah jupe
11) amir- hurmmm..korang tanyalah sndiri, malas aku nak citer
12) usman-businessman, kaya ni
13)rashid-businessman, last sekali call aku masa dia kena 'pow'..hahahah
14)faizal- sekarang KPLI, jadik orang gak eh..heheh
15) nasrullah- ari tu blaja kat IKIP, pahang, pastu xde citer
16) zaidi-lupa plak, dengar jadik polis

aku rasa budak lelaki ada 17 je kan..kan

yang kelas 6atas1, minta budak2 6A1 la bagi tau eh.."

JaWaTaN KoSoNG

Upper Sixers: JaWaTaN KoSoNG: "untuk semua kawan2 yang masih lagi mencari2 kerja. atau pun korang ada kawan2 yang tengah carik kerja... tolong apply kat email ni nurul@idrisko.com.my
jawatan : Marketing Executive
kelulusan : minima Dip
Gaji : mengikut kelulusan ataupun pengalaman.
website : http://www.idrisko.com.my/
lawati website di atas sebelum menghadiri temudugaaa walaupun yg intebiu 2 aku. huhuhu
lagi 1, aku resign pada bulan 12. kepada sesiapa yang berminat untuk menggantikan tempat aku tolong emailkan resume korang sama macam di atas tue.
jawatan : administration and business operation asstn. manager
kelulusan : Bc. Degree (any field)
basic : 1800.00
tapi aply time bulan 11 la. jgn la aply awal2. nanti dorang tau aku nak berenti pulak. huhuhu
ok aku sambung kerja lagi...
Nurul-ExUSA2"

HaRi iNi DaLaM SeJaRaH

Upper Sixers: HaRi iNi DaLaM SeJaRaH: "Hari ini dalam sejarah.... bila budak2 USA2 ke kundasang. Lawatan sambil belajar la konon. Bagi aku itu bukan la lawatan sambil belajar tapi lebih kepada enjoyyyy... satu peristiwa berlaku bila semua studen lelaki kecemasan. Studen pompuan pula tercengang2 apa yang berlaku. Nampaknya seorang geng lelaki telah merajuk siapa ya... ni semua gara2 si Nasrullah. apa pasal dia marah ngn budak kasim 2 aku pun tak tau cerita sampai sekarang. huhuhu pada hal kasim 2 sensitif orangnya. habis terpaksa dikejarkan ke hospital Ranau (kalau aku x silap).... datang pula ampusnya budak kasim 2. tapi kesian jugak. dia ada pantang2 sendiri pasal makanan ni. ciannya terpaksa la masakan dia bubur je sepanjang program 2. Akulah tukang test makanan dier 2 masin ke tak masin... huhuhu segan pula buat mcm 2 nak test2 makanan orang.
sebelum 2, masa baru nak angan2 buat program 2 adelah budak2 ting 5 yg nak join the program. cigu esmadi ckp buat labu labi ja la budak2 tu... huhuhu aku ingat lagi kitorang jln depan sekali... tiba2 pasangan kat belakang tu tiba2 lesap. tp x pa la kitorang faham... huhuhu hanya aku ngn ika jerrrr yg tau...

gambar2 kat kundasang tu aku simpan la smpi sekarang.... asrama tempat kita menginap aritu dah tak ada dah... roboh akibat tanah runtuh.

Nurul-ExUSA2"

Seluar putihku jarang

Upper Sixers: "masa mula2 masuk tingkatan 6 dulu, cikgu roslan martinis, abang ipar nurul, paksa semua budak lelaki pakai seluar kain yang dibenarkan saja.

bila hujan semua budak lelaki yang mengikuti arahan itu, sudah pasti berhati-hati. hujan menyebabkan warna seluiar kecik mereka diteka dengan mudah sekali.

cheh..memalukan betulll!!"

atut!!pacat

Upper Sixers: "Petang kat Sepilok Laut. Budak2 x-USA jadik faci utk budak2 junior.
Penat kata dorang. Sapa suruh pegi 'jejak hutan' tu. tengok aku, makan megi bawah khemah tak penat pon.
Diana Ngelambong bangga. Pacat tak berani cabul dia. Dia kata dia orang Butun, pacat takut ngan orang Butun. Aku tanya kat dia, apsal ketiak ko berdarah?
Diana. MAKKK!!!tolong!tolong!!atut!!atut!!"

salam

Upper Sixers: "Salam ramadhan,

alhamdulillah, dah semakin ramai kawan2 x-usa smk sandakan yang berkunjung ke blog ini. Matlamat blog ini tiada lain hanyalah untuk menyambung kembali hubungan yang sudah lama terpisah. mungkin kekangan masa dan faktor tempat menghalang kita dari bertemu secara zahir, namun pertemuan secara maya ini setidak-tidaknya mengubat rindu.

saya mengharapkan kawan2 yang punya apa2 utk dipostkan ke sini , tolong emel ke uppersixers@yahoo.com., so bolehlah aku postingkan. satu lagi yg punya kemahiran hias2 blog ni, kalau boleh tlonglah contact aku, so bleh la tambah langsir ke, karpet ke, sofa ke, ke blog ni. la ni nmpk mcm rumah kosong ja.

k, selamat menunaikan ibadah puasa dan teruskan bersama blog uppersixers. tolong kaborkat kawan2 lain pasei blog ni ye.. ate kalau makin ramei, bertambah meriahnya,..

haris ipoh, mali"

jatuh

Upper Sixers: "'Gedebab!!!'

semua orang toleh kat belakang. Satu kejadian sedih telah berlaku. Seorang pelajar telah terjatuh dari kerusinya.

Faizal tera diam. Amir Lahaking diam. Usman diam. Mazni diam. rashid diam. Semua orang diam. Kalau orang lain confirm kena gelak. Tapi sebab yang jatuh tu minah garang. Semua orang tak berani gelak.

Time rehat. Atas tangga. HAAAAH...HAAARRR..HAHAHAHAH....haaarrrr....

p/s: kalau kau jumpa c rubiah , kirim salam kat dia ek...heheheh

Haris
Ipoh mali"

meja

Upper Sixers: "satu-satunya kelas yang susun meja tiga orang duduk dalam satu row, kelas 6A2. aku pun x pasti, ni idea sapa. yang akhirnya menyebabkan baris lelaki jadi satu, itupun x penuh.

susah gak nak keluar, especlly yang duduk kat tengah, kawan yang duduk tepi tu pun kena berdiri sekali bila kawan yg tgh nak kelaur. kenalah plak kawan yg kuat g toilet, naya beb. tapi c nurul x masalah, sebab bila si kamisah pegi toilet mesti dia ikut. begitu juga sebaliknya..."

warna hijau kelasku

Upper Sixers: "kipas kelas 6 atas 2 hijau. hijau semuanya, bilah-bilahnya. aku tak berapa ingat kerja siapa pegi cat kaler macam tu. kalau bukan c amir lahaking, mungkin c faizal tera, takpun usman. masa kita cat dulu tu, xde lagi sentimen politik . catlah warna apa pun, orang tak tegur. kalau benda tu berlaku sekarang, aku confirm kita semua kena cop penyokong Pakatan.

Tapi apsal warna 6 Atas 1 biru ek?"

batch 99

Upper Sixers: "aku xde facts and figures nak sokong kenyataan aku. cuma aku agak2 je. kalau dibandingkan dengan batch2 yang lain aku rasa batch kita yang terbaik dari segi keputusan STPM dan jumlah kemasukan pelajar ke IPT.

gabungan dari guru-guru yang komited dan murid2 yang baik dan berwawasan (huhuhu..) sesungguhnya telah menghasilkan keputusan yang membanggakan.

aku ingat satu peristiwa, bila ada cadangan dari pihak sekolah untuk meletakkan beberapa nama member2 kita sebagai calon persendirian utk menjaga keputusan STPM, kita sama-sama bangkit menentang. tak pernah dibuat orang!. tapi atas nama setiakawan kita sama-sama bangun 'memberontak'!

akhirnya kawan2 kita tu buktikan yang dorang boleh berjaya. Pengetua tu pun kena pindah kan..kan..."

lupe....

Upper Sixers: "perkara yang aku paling payah mau buat ialah hafal nama budak2 pompuan batch kita. sampai hari yang terakhir di SMK pun aku x boleh ingat lagi. 6A2 pun aku ndak hafal, kalau kelas sebelah, aku leh kira ngan jari sapa yang aku tau nama dorang. bukan sombong, tapi aku memang ada masalah nak ingat nama orang. especlly pompuan, masa tu aku tengok muka dorang sama jak, nasib baik ada nametag kain tu, kalau x, aku panggil oii..oii..jak la.

kalau balik sandakan, kalau terjumpa ngan budak2 pompuan ni, aku memang x kenal. kadang2 muka mcam pernah nampak, tapi di mana yaa...

apakah aku mmg alami sindrom lupa bah...atau sebab aku pemalu dulu??hahahahah


haris
ipoh mali"

Bahasa sabah

Upper Sixers: "Bila duk kat Ipoh ni, mau carik org Sabah pun susah, kalau KL, berterabur. Jadi bila dah ndak jumpa orang sabah, ndaklah boleh speaking. kadang2 bila balik sandakan, baru ingat ada perkataan2 yang sudah lama x dipakai.

Siring - perkataan paling unik, jrang org luar tau perktaan ni. ' siring-siring kau sikit,ketua pengawas mau limpas' hahahah...mana suda ketua pengawas kita tu

buyuk- kaki kumpau

telengong- buduh, lembab

akun- mengaku kalah

bida' - ndak cantik

tergarit- tergores

ampus- lelah

tipa-tipa- bekas pen

upau- botak kat depan"

Salam Ramadhan

Upper Sixers: "aku ndak berapa ingat sudah berapa kali aku puasa di semenanjung ni, aku lost count, kadang2 saja mau buat-buat lupa, sedih wooo.. raya jangan ceritalah, dalam 10 tahun ni, aku rasa baru 2-3 kali aku raya di sabah.

tahun ni pun x dapat balik juga, turn raya di kampung orang rumah. apa boleh buat kahwin ngan orang jauh ni lah risikonya. raya di semenanjung ni nadakda la berbeza sngt mcm ni sabah, cuma kalau duduk kat kmpung, prbezaan tu mmg ada, mcm makanannya, cara beraya dia, mcm2 lagilah, sebab wife aku orang jawa, so adat menyambut raya tu kena ikut adat wong jowo la.

aku ndak berapa ingat memori puasa masa kita di sekolah. korang ada cerita menarik ka/.? mcam korang kantoi puasa ka? blik asrama tidur ka? ( ni c amir lahaking sama c usmang punya kerja ? share la ngan kitorang ek..

apa2 pun aku nak ucapkan salam ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa buat alumni2 uppersixers 98-99..moga ibadah kita bertambah cemerlang..amin


haris
ipoh mali..."

che'gu2 kita

aku dah tak berapa ingat nama cikgu2 yang penah ajar kita dulu. cuma boleh recall beberapa nama.

pengajian am 1 - cikgu ku swee lan ( amoi kelate yg manis dan baik )
pengajian am 2 - cikgu roslan ( garang siyut...berapa kali korang nampak dia senyum?)
Bm - Cikgu roslan martinis aka botak ( heheh..jgn marah cikgu)
- cikgu myrene ( cikgu yg paling sporting n x amik pot, korang nak belaja ke, tido ke, lantak ko, yang penting dia nak abiskan kitab tatabahasa dewan yg tebal nmpk mampus tu)
sejarah - aku tak ingat sapa nama cikgu sejarah yg comel tu ( )
sastera - cikgu yusni ( ckgu yg baik, tapi selalu x datang kelas, selalu aku gak kena jadik guru ganti dia )
- cikgu harison ( ajar sekejap, pastu balik semenjung, tak tahan ngan perangai korang)
geo - cikgu asmadi ( aku pasti korang pun tak tau apo dia ajor eh)
eko- cikgu khusairi ( sempoi!!!)

kalau xde dorang, aku x pasti kita akan berjaya seperti hari ni...."

1st posting

Aku dah create blog ni untuk korang lepak2, kutuk2, umpat n share apakah kejadian korang sekarang. sedor tak sedor (huh..bunyi perak aku makin pekat..) dah hampir soploh tahun kita menamatkan zaman sekolah, dan aku pasti ramai dah ramai yg tak muat baju zaman sekolah dulu..hahah..

ada gak kawan2 yang aku jumpa, ada yg ilang terus ( ditangkap polisi?) tak dengar kabar berita langsung. so, untuk korang yang terjumpa blog ni, korang tolong war-warkan kat kawan khususnya budak2 yang dah lama x jadik budak tingkatan 6 batch 98-99. kita bikin ribut balik. tak kisahlah korang 6 atas 1 ke 2, yg pnting korang penah jadik batch tu, batch lain korang buatlah blog korang sendirik.

aku harap korang bleh sumbng citer korang yg terkini kat sini..k..chow dulu

contact aku kat uppersixers@yahoo.com.

salam"

Minah USA2

Sblm 2 aku mau sangkal sikit pasal tulisan di bawah ni yang bernombor 3. huhuhu Bantahan yang arif.... aku tiada apa2 hubungan special dengan mana2 jejaka USA2 huhuhu.... mungkin orang nampak sj mcm merpati 2 sejoli tapi sebenarnya tidak... penipuan semata-mata.kedua...aku harap, satu hari nanti kita semua boleh berjumpa. masa 2 aku boleh bayangkan kita sudah ada 2 3 orang anak. mungkin juga anak2 sudah remaja... mungkin juga ada anak2 kita yang belajar di smk sandakan. huhu siapa tau.ketiga apa2 pun yang aku tuliskan di bawah ni harap tiada orang yang akan ambil hati. aku pun tidak ingat sangat geng2 usa2 ni. ni minah2 yg aku ingat ja.
1. Aku-kerja di ITSB sykt swasta yg mengeluarkan & mberi khidmat IT sebagai Asstn Manager. huhuhu.
2. kamisah-kawin dgn Abdullah abd rahman. senior masa di UKM. laki bini ni kerja di smk elopura sebagai guru. sudah ada 2 orang anak.
3.Sopiah-ni geng aku ni. kadang2 gaduh jugak dgn dia. Ex c amir lahaking. dia ni pun sudah kawin. last sekali jumpa dia ni masa dia gaduh dengan c amir depan station bas labuk sandakan. dia ni pun guru jugak. c amir 2 la mata dia ni mata bola keranjang huhu. terpaksa la kawan aku ni menongeng...cinta monyet la katakan.
4.rosdiana-ni geng masa dulu2. lepas dia ngajar di smk sandakan ngan aku sekali dia pura2 x kenal. dia ni geng ngn c ermi sekarang. belum kawin lagi. mungkin akan bkawin pada bila2 masa. ni girl pren c fadli senior kita.
5.ct jamilah-last sekali jumpa masa sama2 ambil KPLI. masih available lagi dia ni. aku lost kontek dia ni. yang aku dapat tau dia kerja di KL. huhuhu... dia kerja opis jugak
6.zulmadiah-ni after kita abis stpm dia dah kawin. mungkin sudah ada anak 2 3 orang. laki dia askar. last sekali jumpa masa dia nikah.
7.rita-ni aku tidak tau pi mana budak ni. yg aku tau dia bisnes di KK. huhu jadi bisneswomen dia ni.
8.haidah-tiada khabar berita, last sekali dia dah bertunang. mungkin dah kawin pun sekarang.
9.azean-ex ko ya haris huhuhu. x info. aku ingat lagi c haris buat presentation di depan, dia tak jadi sbb ex dia ada di belakan. terus malu2.huhuhu
10. inawati-dia ni pun dah kawin. last sekali jumpa dia ni masa di kfc batu 4. terjumpa la ngn lagi dia. fuyooo buleh tahan dia ni suami dia ala2 misai melentik gitu nampak dah berumur sikit. huhuhu jan marah ya inawati.
11. sapiah-pun tidak dapat dijejaki. dulu masa studi di ukm ada jugak dengar berita dia ni jadi reporter TV3.ntah betul tidak, kalau betul ok jugak. apa salahnya. memang kerja reporter 2 sesuai dengan dia. dia ni ex c faizal terra... ada juga gosip dia ni ngn c usman...betul ke?12.muliana-dulu dia belajar di melaka. pun los kontek dgn dia. dia ni couple dgn c suhaili.huhuhu... masa nak last2 belajar baru la dorang sibuk2 kapel...
13. sh. asmah-dia kerja kedai ehpon. dia ni pun dah kawin. eh bukan ke kita padan2 kan dia ni ngn c nasrullah. huhu
14. rubiah-ni minah garang ni. dia kerja di damansara sebagai marketing executive di RHB bank. dulu2 tak geng ngn kita. ntah apa sebabnya. ketua pengawas aspuri yang sangat ditakuti oleh budak2 junior. huhuhu
15.santi-penolong ketua kelas...dulu nampak sombong2 sikit. tapi sebenarnya tidak. tak kenal maka tak cinta. jadi guru di bangi. belajar di bangi. duduk di bangi. kawin orang bangi juga keee?
16.nasriah-kesian ngn dia ni application dia masuk U tercicir. x tau ape cerita dia ni.
17.ermi-jd cikgu di smk teknik. dah ada anak sorang.
18.kim hong-dah kawin jugak.dah ada anak. last sekali jumpa kat kfc batu4.ni ja yg aku ingat geng2 perempuan kelas usa2. yang aku x sebut nama dia minta maaf ya...cowy sangat x ingat la. kalau aku nampak muka aku ingat la.sambung kerja lagi

Nurul-ExUSA2