»

Friday, October 31, 2008

NaMa JepanG

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI

15. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

YaNG PeNTiNG PuaS HaTi

Selamat pagi.... ari ni aku nak cerita. tau apa yg aku puas ati??? aku puas ati sangat2.... adik aku bagi sebijik penumbuk kat maid aku.

selama ni anak aku yang sulung tu telinga dia penuh dengan bekas2 cedera. luka tak sembuh lagi.... petang2 tu ada luka baru. aku balik dari kerja tengok kepala dah warna biru2. rumah x payah cakap la bersepah.... anak kadang2 makan kadang2 tak. ikut mood....

tapi aku tak pernah sekali pun jenitk ke, cubit ke, marah ke, apatah lagi tumbuk atau mendera maid aku tu.

tapi semalam aku puas ati sbb adik aku yg sorang ni bagi sebijik kat dia sbb anak aku yang umo baru setahun tu maid aku pi ketuk kepala. adik aku cakap dah banyak kali maid 2 ketuk kepala anak aku. maid aku nangis smlm.... aku diam je.

biar padan moka dia.... aku bagi gaji dia senang2 ketuk kepala anak aku. buat kerja pon tak lulus... suka2 je nak ketuk2 kepala!

yang penting aku puas ati... biar dia tau tidak semua orang layan dia mcm malaikat!!! PADAN MUKA KO TENG-TENG!!

NurulExUSA2

Thursday, October 30, 2008

KaPel2

zaman kita ramai couple kan. tpi x ramai yg jadik suami isteri. kalau x silap aku cuma abidin n budak enam 6 bawah tu. yg laen? mngkin masa tu gelojoh (hahaha..perkataan) utk berchenta.

masa tu kita belum tahu dunia ni luas. akan ada ramai lagi orang yg kita akan jumpa. akhirnya kita memilih utk berchenta2 di sekolah. bila dah masuk U, baru tahu..
"perghhh..menyesal gilak kalau aku kawen ngan dia..'
mungkin sebahagian dari kita berfikir begitu.

kadang2 kesal dan sedih tgok adik2 kita.yerla, kita pun prnah melalui zaman tu, kita tahu manisnya bunga chenta. tapi chenta budak2 skrng banyak didorong oleh kehndak nafsu. akhirnya bila "bunting" yg lelaki lepas., yg perempuan jugak beranan sorang2.

mereka, kita dan anak2 kita, adalah pewaris negara ini. kalaulah pewarisnya hancur n tidak bermoral, apakah lagi yg diharap pada masa depan?

Wednesday, October 29, 2008

FeI&aKu

Nama Manjer

aku rasa kebanyakan dari budak uppersixers ada nama manja kan..apa nama manja yg korang ingat lagi?

gabu- sapa nama betul dia ek?
sop- sopiah elal
amir-labatta' @ laks @ lahaking
usman-emang
rubiah-fei
azean-chi

lain2?

Tuesday, October 28, 2008

CeRitA sI AnaK KuBurAn

Salam semua warga x-Smk..ataupun yang masih di dlm SMK!..

Ndak taulah adakah lagi org kenal aku ni. Sebab aku budak baru dlm uppersixers 99.Mungkin segelintir jak manusia terpilih yang kenal aku..chehh perasannya anak pakcik Azman ni...

Aku baru masuk SMK tahun 99.6 atas sudah tu. Lower six aku dua bulan jak di SMK Muhibah. Masih budak2 lagi bah time tu, bersekolah pun mau cari geng yang betul2 geng.Aku minta pindah ke SMK sebab di SMK ada geng karas ku si Masnoni.Tapi dia di USA1.Di Muhibah dulu, nada satu orang pun yang aku kenal...lain betul aku rasa fenomena tu. Mengkali juga aku anak manja terbiasa dikelilingi oleh orang2 yang aku biasa jak.Lepas tu rasa ndak best sebab kembar aku pula ndak sambung sekolah lagi.Bayangkanlah bah...dari kecil dari Tadika, mesti ada sidekick ku di sebelah sampai form 5.Bila form 6 single mingle jak ni berjalan...macam ganjil betul aku rasa dan macam org bodoh berjalan sorang2...huhu

Sampai pacik ku yang garang mau mampus tu marah aku. "Dalam kubur pun kau satu orang jugak!"....aku ingat kata2nya tu sampai sekarang aku sudah independen boleh berjalan sorang2 walaupun limpas kuburan huhuhuhu......

To be continued aku mau bersiap mo pi sekolah...Salam..

Norazean Azman USA2.

Thursday, October 23, 2008

CaRa Nak PosTing

salam,

buat kengkawan yg berkeinginan utk berkongsi cerita, mengimbau kenangan, membongkar rahsia atau apa sahaja bolehlah menghantar artikel dalam apa jua bentuk sama ada cerpen, certot (cerita kontot), novel bersiri, pantun, syair, gurindam atau apa sahaja bentuk kepada alamat e-mel moderators :

uppersixers@yahoo.com

segala artikel akan disiarkan tanpa editing dari segi makna dan rasa.

sekian.

moderator uppersixers

p/s : dyan, sori x reply SMS ko, aku ada dalam court tdi. apa2 pun...ulu pun ululah..yang penting iban..heheheh..jgn marah eh.

Wednesday, October 22, 2008

Open FoR All?

ni cadangan aku. sekadar cadangan je la. memandangkan hits blog ni semakin menghampiri ke angka 2000 dalam tempoh hanya lebih kurang 2 bulan, maka aku telah berfikir menggunakan otak kanan aku untuk membuka blog ini kepada all ex-smks, termasuklah guru-guru, pengawas-pengawas, staff2 dan pakcik drebar . ini bagi memeriahkan lagi blog ni.

hujah saya, walaupun blog ini pada mulanya dibina atas tujuan dan matlamat utk mengumpulkan semula uppersixers 99 smks, namun sehingga kini, hanya blog ini yang sehingga ke hari ini yg dibina atas tujuan itu. so, disamping menggalakkn pembinaan blog2 dari ex-smks dari puak tingkatan 5 ke, kumpulan budak2 asrama, kawanan pengawas(ahakz..)adalah baiknya kita berkumpul disini dan saling bertukar maklumat.

itu cadangan sahaja, kalau tak setuju katakan tidak, kalau bersetuju katakan ya.

ada "bran" respons?

Monday, October 20, 2008

my secret recipe

aku rabun.tapi aku tak nak pakai cermin mata.macam budak skema.



so bila che'gu2 menulis di blackboard aku memang x nampak. aku cuma nampak che'gu ja.



sebab tu sebelum masuk kelas, aku baca dulu. dalam kelas aku cuma dengar n cuba fahami. bila balik rumah or hostel, baru aku buat notes atau mind maps. sebab tu korang jgn heran kalau aku bawak sekeping file ja pegi masuk kelas.



alhamdulillah, dari kekurangan tu aku beroleh sedikit kelebihan.



tapi yg paling basic, jangan sesekali melukakan hati seorang guru.

Friday, October 17, 2008

bLaCk & wHiTe

pembentangan pengajian am

ari 2 cikgu ku swee lan suruh kitorang semua pakai baju itam puti... hanya c aris ja yg berjaya pakai baju itam puti 2 sekarang. huhuhu....

siuknya masa 2... masa pembentangan, antara kena komen aku la. sbb suka menunjuk bila bercakap.... bukan apa 2 cover nervous....

NurulExUSA

CaNDy....

ntah sapa punya idea la, letak gula2 atas meja cikgu? cikgu ahmad masrizal suka makan gula2 kopi 2...
ntah la sapo la yg komplen 2?
sebab musabab di komplen? tolong jawab?

NurulExUSA2

Wednesday, October 15, 2008

sandakan-kota kinabalu

siapa yg masih ingat MH apa kita naik sama2 masa fly pi semenanjung ari 2? siapa ada simpan tiket 2? aku ada juga... tp kena selongkar balik la harta karun aku di rumah 2.

ko kena ingat Ris... masa di apot sandakan... abg ipar aku cakap ko kena jaga aku... kha3.

aku x ingat sangat siapa dgn siapa yang fly sama2 dari sandakan-kk-klia ari tu... cuma ada beberapa nama. nama yg aku x sebut jan kecik ati ya... aku, rosdiana, santi, diana, mey, haris, sabturina, ct jamilah, simin, siapa lagi yaaa? tolong tambah ris.

masa sampai di KK ntah tidur rumah siapa la 2. tp yg aku ingat suku sakat c haris juga. semoga keluarga 2 dimurahkan rezeki & hidup aman bahagia... bersesak2 di rumah hamba Allah 2. tp yang penting tujuan sebenar menuntut ilmu.

masa ni ko ingat lagi ka santi? ko ni kan san... nampak di luar ja ko sombong betul... tapi sebenarnya ko baik hati... ada ka patut c Ros cakap dgn ko.."san, ko jangan tersisih pula kami ni memang mcm ni" masa 2 kan ko tidak geng dengan kami lagi. ehem ehem macam la ko ni sombong betul kan San? kan kan kah... 2 la orang cakap x kenal maka x cinta.

susah senang kita di UKM ada juga kita bantu membantu kan?

sampai KLIA... kita berpecah... siapa pi UKM, UM, UUM, USM ? tinggal la aku sorang di KLIA tunggu kakak aku yang jemput...

NurulExUSA2

St. Marry

aku ngn c haris... ko ingat lagi ka ris? kita pi st mary ari 2. ntah apa la buat ari 2... kursus ka apa lupa laaa.. tp sijil dia aku masih simpan lagi la

situlah bertemu mata dengan penulis othman puteh & lim swee tin... masa sesi Lim swee tin 2.... suruh buat puisi. c haris ada deklamasi masa 2... ok gak dia perform ek?... ms 2 c haris la paling glamour... kalah budak2 sekolah yg lain.

buku yg aku beli masa 2 siap ada singature lagi... tapi tah mana la c sop simpan. smpai sekarang x balik ke tuannya.... x pa dihalalkan...

balik dari sek st mary kita naik bas labuk ka ris... balik 2 jalan jauh2 la kira 2meter... nt kena gosip pula...

-NurulExUSA2-

Tuesday, October 14, 2008

aku orang sabah laa

sebenarnya malas nak cerita, tapi sebab xde pe aku nak tulis, n nanti c nurul bising sebab aku x upadate, maka aku tulis la cerita ni.

sepanjang aku hidup di smenanjung ni, belum pernah ada seorang pun yang boleh kenal aku sabahan kalau aku x cakap. itupun dah cakap, ada yang tak percaya lagi. dah tunjuk ic no 12 kat tengah, baru dorang setengah percaya.

sebenarnya aku x selesa begitu, aku kadang2 dah bosan nak jawab soalan orang yg x percaya aku orang sabah. kalau dorang x percaya aku ni sabahan, then kemudian kata aku ni muka cam orang eropah ke, ok gak. ada ke kata aku mamak..cheisss.

ada jugak yg kata aku ni lupa sabah bila aku xnak pelat org sabah. well nak buat camner, lidah dah tepu makan tempoyak n petai..heheh..xderlah, aku sebenarnya akan cakap sabah bila orang tu cakap sabah. cume aku memang x boleh nak counter cakap sabah bila org tu ckap semenanjung. sebab tu bile ada member sjung ajak aku cakap sabah, aku x bole nak pi, sebab kena ada lawan cakap baru bley kuar speaking sabahan.

tapi yerlah, bila duk ipoh ni, aku memang jarang jumpa ngan sabahan. cuma untuk tidak menyebabkan loghat n pelat sabah aku hilang, aku sering berborak dengan baby aku dalam bahasa sabah. bior deme tahu yop, walaupun anak teman lahir kat perak, tapi teman berlabun dalam bahsa sabah, bior dia tahu asei usulnya.

bagi aku, nak cakap bahasa apa pun, xder masalah. yang penting x lupa asal dan tempat dilahirkan..aramaitiiii

Monday, October 13, 2008

Class Geo...

ok sambung.... sambil petik jari. pen dah ready... cikgu baca nota ja. kita salin. Jam dah set awal2 bunyi sj kompon abis masa subjek 2.

1 hari sbb selalu mengantuk time salin notes... set jam lebih awal dari masa yang sepatutnya... Ringgggg cikgu esmadi pon keluar!!! na na na nurul habis la kalau pengetua limpas... aku stedey ja sebenar nya takut!!! x pasal2 aku yang kena nanti...

pernah gak cikgu esmadi pi kantin.... konon2 pi bilik segar. naseb baik studen semua spoting.

wakaka wakaka 2 la kenakalan yang pernah aku buat dulu2!!! pas 2 x pernah buat lagi la. yang penting seronok masa kelas geo...

Paling terror bagi soalan c Rahman... ada2 sj soalan genius dia 2.

-NurulExUSA2-

Paper Geo...

sorang pon x tau tiap kali exam @ test subjek Geo.... last sekali mesti aku tulis "Cikgu doakan kejayaan Saya... terutama subjek febret sy Geo" cikgu esmadi pon akan balas "Cikgu doakan kejayaan semua, berusaha lebih"

Alhamdulillah tiap kali test@ exam aku x pernah gagal. markah tinggi x pernah la dapat.

-NurulExUSA2-

....

masa menjadikan kita semakin jauh dengan kenangan. kadang-kadang memaksa diri untuk kembali kepada kenangan hatta yang indah-indah pun terlalu sukar. sebab itu ada yang tidak mahu memaksa diri, biarlah kenangan itu luput bersama arus masa yang belum berhenti.

aku bukan sentimentalist, bukan juga seorang yang romantis (kata isteriku) tapi aku suka memaksa diri aku untuk kembali ke kenangan yang indah-indah itu. yang pahit juga datang bersama, tetapi saja aku sisihkan. sebab itu bila bercerita tentang kenangan lalu , aku boleh mengingatinya. ada yang aku terlupa, sebab itu aku meminta sahabat-sahabat memenuhi keterlupaan itu.


kalau hendak berenang-renang
jangan berenang sampai ke pagi
kalau hendak mengenang-ngenang
kenapa kasih termimpi-mimpi

Thursday, October 9, 2008

AweK BAru II

aku dulu ada sorang awek.

hari-hari aku kena tunggu dia kat bus stop. wlaupun lewat aku tunggu jugak. tapi dia selalu tak datang sekolah. aku selalu kecewa bila menunggu

satu hari. aku tunggu dia jugak. aku tunggu kat depan pintu pagar sekolah.

"sapa suruh datang lewat, bagi nama" hari tu aku "saman" dia sebab datang lewat.

hahahah..ampun..ampun

Raye

Raye haji. Ust. kata nak wat burasa'.

aku, hairil, amir, usman cari daun pisang. kitorang succes, bawa pulang daun pisang yang muda-muda.

ust tanya"terer korang amik daun pisang, amik yang kat pucuk je"

kami'heheheh..."

petang tu, org JKR yang duk tepi sekolah mengamuk ngan ust, sbb kitorang dah tolong "bersihkan" kebun pisang dia.

hahahah

Tuesday, October 7, 2008

Once Open a Time....

Once Open a Time.... dalam bas... bas labuk. lepas bukak puasa & Exam Stp hbis... pi ramai2 bukak pose sama2 di bandar.

hujan lebat... baju sekolah 2 kuyupp habis. siapa yg x pakai baju dalam 2 faham2 je la.... aku mcm biasa time 2 alim2 kucing. pakai tudung labuh selamat sikit... babat pun kompom x nampak...

studen gurl ni semua sdh naik bas sdh ambil tempat duduk yg paling strategik dan selesa di bas biar pun basah kuyup...

budak2 lelaki pulak naik bas... sorang2 naik faizal naik... kashim naik... suhaili naik... hairil naik... Amir lahaking naikkkk.... "ui na jelek2 juga rupanya kamu ni kalau basah!!!" kurang asem betul mulut dia!!!! cewek dia c sop ada juga masa 2... kasian dia terasa pulak....

-NurulExUSA2-

CuTi SeM...

nak dekat cuti sem...
lampu kasi tampal paper... bagi kalerpul... duit suda collect... budak daraja 6 pun kena pulun juga, x buli mesti bayar jugak. dapat duit... beli bhn2 masak... suruh makcik & c sudi masakkan... x sabar menunggu malam tiba.

malam.... selepas solat isyak.... disko dekat bilik sebelah bilik 2 surau aspuri... lampu apa lagi lip lap.... ada budak 2 name ja muslimah.... tapi menari kuco kuco ho tahaiii... mengalahkan kajol...

tiba2, nurul stop... mey stop... ika stop... mulie stop...napa? Abg Hair panggil... kena marah. ambil roti di dapur asrama... pada hal dah minta kebenaran awal2.... anak sapooo la dengki sangattt repot kitorang bukak nite club mlm 2...

naik hostel... rosak mood!! pesta tak menjadi!!!

-NurulExUSA2-

ada HANTU di asrama II

malam. budak2 uppersixers kena attend kelas tambahan malam.

malam tu dorang tumpang tido kat dorm uppersixers.abdillah, aku, kashim, suhaili main terup kat dalam dorm.

abdillah tnya."budak pompuan boleh masuk asrama lelaki ek?"

"mana bole..apsal tanya?"kashim

"apsal budak pompuan tu selamber je jalan kat luar dorm tadi?"

kashim, suhaili, amir tidur sekatil malam tu...

ada HANTU di asrama

aku.duduk kat luar dorm uppersixers.hairil, ketua asrama ada sekali, layan teh O n biskut kering satu balang. walaupun kouta biskut cuma seorang sebungkus, kami ada kuasa veto minta lebih. kami kan abang...

aku bagitau hairil. "semalam aku nampak ada pompuan baju putih tepi tingkap bilik abang warden"

hairil diam.

esoknya hairl report."semalam abang warden tidur sebilik ngan cikgu, takut ngan hantu kat tepi tingkap dia"

aku. "siapa cakap ada hantu?"

Monday, October 6, 2008

library

aku.hairan.

apsal budak2 ni pegi library kejap sangat. kuar pintu kelas je, lima minit dah datang balik. magic ke?

seminggu kemudian.aku. "laaa...kat sebelah ni library ke?"

Sunday, October 5, 2008

REUNION = 111111

Lilypie Date is set Ticker