»

Tuesday, March 24, 2009

Anarki

ANARKIS..dulu-dulu kami belum tahu menggunakan perkataan itu. Paling maju pun boleh guna perkataan REFORMASI. tu pun takut-takut, nanti kena cop penderhaka negara??. tidak lengkap rasanya menjadi gangster atau penjenayah berbaju seragam sekolah kalau tidak berani mencakar undang-undang dan ketetapan sekolah. apalagi kalau peraturan itu adalah peraturan zalim dan bersifat feudalistik. sebagai tanda protes dan perlambangan kepada sikap leftist, kami tidak pernah memasukkan baju kedalam seluar dengan sempurna sebagai tanda pemberontakan dan penolakan kepada undang-undang.

dulu kami ada seorang pengetua wanita, kalau dengar dari cerita yang dirawikan orang, maka tersohorlah akan pengetua ini akan kehebatan serta laras gajinya yang sentiasa menegak ke seantero alam. jadi bila sang pengetua ini mengetahu bahawa ada sebilangan pelajar yang memang telah dikategorikan sebagai "tiada harapan" dan confirm gagal dalam STPM , maka telah diciptanya satu kaedah untuk mempastikan bahawa mereka ini tidak menghalang wawasannya untuk mempastikan ketusan lulus STPM 100% pada tahun tersebut sebagai bukti kehebatannya.

maka disenaraikanlah nama beberapa orang pelajar dan dihimpunkanlah akan semua mereka ini untuk dipujuk menandatangani surat persetujuan untuk menjadi calon bebas (persendirian) dan tidak mengambil peperiksaan menggunakan lambang persekolahan.

"Ini adalah penghinaan yang mustahil kami terima, penghinaan ini bukan sahaja kepada kami, tapi paling dasar, adalah penghinaan kepada profesion perguruan. SEkolah sanggup menafikan kewujudan pelajar2 yg lemah akdemiknya demi memburu status kecemerlangan" kata seorang pemimpin peljar paling anarki merangkap jurubicara peljar tingkatan enam sesi 98/99. Dan penentangan itu bermula, pertengkaran yang sengit, majlis penerangan yang dijangkakan aman, bertukar menjadi tempat meluahkan rasa ttidak puas hati dan kemarahan pelajar marhaen seperti kami. dan gerakan ini mendapat pembelaan dari guru-guru yang meletakkan kepercayaan kepada pelajarnya.

keengganan peljar untuk bersetuju, amatlah memeranjatkan institusi perguruan smk sandakan ketika itu. tidak pernah dalam sejarah ada keputusan dari pentadbiran ditolak mentah-mentah oleh pelajar.

hasil dari desakan dan bangkangan akhirnya sekolah terpksa memansuhkan cadangan awal tersebut. malahan menerima pandangan peljar untuk mewujudkan kelas tambahan kepada peljar2 y lemah.

kalau ditanya orang kemudian hari, apakah peristiwa paling manis semasa kamu di tingkatan 6..kami akan berkata dengan bangga..kami telah menolak satu peraturan sekolah yang kami anggap zalim dan tidak logika.

1 comments:

Cikgu Metal said...

Tahniah atas pemberontakan anda dan rakan-rakan pelajar yang celik. Kegeruhan itu berlaku hampir 10 tahun yg lalu, sewaktu saya baru melabuhkan tirai di smk sandakan. pun begitu, berita geruh itu akhirnya masuk ke dalam kotak e-mel saya. Lalu apa yg saya lakukan (setakat terdaya), saya telah menghantar berhelai-helai surat kepada sang pengetua wanita itu tentang ketidakpatutan dan ketidakwarasan yang dilakukannya dalam mengejar nama. Empat hari kemudian saya menelefon pakcik Emran, dikhabarkan sang pengetua wanita mengunci biliknya, berdiam diri sehari suntuk setelah menerima surat daripada saya...
~cikgu metal~
zamaniishak@gmail.com