»

Tuesday, March 24, 2009

Anarki

ANARKIS..dulu-dulu kami belum tahu menggunakan perkataan itu. Paling maju pun boleh guna perkataan REFORMASI. tu pun takut-takut, nanti kena cop penderhaka negara??. tidak lengkap rasanya menjadi gangster atau penjenayah berbaju seragam sekolah kalau tidak berani mencakar undang-undang dan ketetapan sekolah. apalagi kalau peraturan itu adalah peraturan zalim dan bersifat feudalistik. sebagai tanda protes dan perlambangan kepada sikap leftist, kami tidak pernah memasukkan baju kedalam seluar dengan sempurna sebagai tanda pemberontakan dan penolakan kepada undang-undang.

dulu kami ada seorang pengetua wanita, kalau dengar dari cerita yang dirawikan orang, maka tersohorlah akan pengetua ini akan kehebatan serta laras gajinya yang sentiasa menegak ke seantero alam. jadi bila sang pengetua ini mengetahu bahawa ada sebilangan pelajar yang memang telah dikategorikan sebagai "tiada harapan" dan confirm gagal dalam STPM , maka telah diciptanya satu kaedah untuk mempastikan bahawa mereka ini tidak menghalang wawasannya untuk mempastikan ketusan lulus STPM 100% pada tahun tersebut sebagai bukti kehebatannya.

maka disenaraikanlah nama beberapa orang pelajar dan dihimpunkanlah akan semua mereka ini untuk dipujuk menandatangani surat persetujuan untuk menjadi calon bebas (persendirian) dan tidak mengambil peperiksaan menggunakan lambang persekolahan.

"Ini adalah penghinaan yang mustahil kami terima, penghinaan ini bukan sahaja kepada kami, tapi paling dasar, adalah penghinaan kepada profesion perguruan. SEkolah sanggup menafikan kewujudan pelajar2 yg lemah akdemiknya demi memburu status kecemerlangan" kata seorang pemimpin peljar paling anarki merangkap jurubicara peljar tingkatan enam sesi 98/99. Dan penentangan itu bermula, pertengkaran yang sengit, majlis penerangan yang dijangkakan aman, bertukar menjadi tempat meluahkan rasa ttidak puas hati dan kemarahan pelajar marhaen seperti kami. dan gerakan ini mendapat pembelaan dari guru-guru yang meletakkan kepercayaan kepada pelajarnya.

keengganan peljar untuk bersetuju, amatlah memeranjatkan institusi perguruan smk sandakan ketika itu. tidak pernah dalam sejarah ada keputusan dari pentadbiran ditolak mentah-mentah oleh pelajar.

hasil dari desakan dan bangkangan akhirnya sekolah terpksa memansuhkan cadangan awal tersebut. malahan menerima pandangan peljar untuk mewujudkan kelas tambahan kepada peljar2 y lemah.

kalau ditanya orang kemudian hari, apakah peristiwa paling manis semasa kamu di tingkatan 6..kami akan berkata dengan bangga..kami telah menolak satu peraturan sekolah yang kami anggap zalim dan tidak logika.

Tuesday, March 17, 2009

kami yang baikl

kami dulu tingkatan 6 cume ada dua kelas, 6 Atas satu, budak2 ekonomi dan aku 6 Atas dua, budak2 geografi. Secara fisikalnya kami tidak ada apa2 perbezaan tapi sekam kesumat permusuhan membarah dari dalam. aku dulu pernah cerita pasal dua gerombolan wanita yang berseteru. walaupun kedua-dua leaders kumpulan ini secara kebetulan datng dari kelas berbeza, tpi mereka mempunyai pengikut dan fans club dari kedua-dua kelas.

kali ni aku nak story sikit pasal persaingan kedua-dua kelas ini. kami tidak bermusuh, cume bersaing. ditakdirkan budak 6A1 terdiri dari kebanyakannya budak2 yg bermoral dan bersahsiah tinggi dibandingkan 6A2 yg agak sedikit over active. dan imej ini kekal terpahat dalam dalam minda semua org especially guru2, pengetua dan pak guard sekolah.

tak tahulah kami buat apa sehingga kami dilabel sedemikian rupa. aku ingt2 balik , aku rase kami tidak sepatutnya dilabel sedemikian

ya..mungkin kami ada berbuat sesuatu yg salah, tapi xderlah teruk sangat. kami cuma

- meminjam tanpa izin buku2 library dengan selambernya sambil berlalu ditiup angin dihadapan pengawas perpustakaan yg majoritinya budak 6A1.
- kami cuma memenuhkan tong sampah kelas 6A1 dgn sampah dari kelas kami. kebetulan dorang pun nak gi buang sampah, kira kami tumpang la.
-ada sorang budak dari kelas 6A2 yg buang air dalam kelas 6A1.hahahha..
-kami cuma sabotaj majalah sekolah yg ketua editornya budak 6A1 , sampai majalah sekolah batch kitorang gagal diterbitkan..
- kami cuma meminjam meja dan kerusi 6A1 yg lawa dan baru sahaja. kami tak curi, kami ganti dengan kerusi dan meja yg lain..walaupun agak lama, tapi bleh pakai lagi.
- kami pukul budak form 5, pastu kami paksa budak 6A1 satu join kitorang. yerlah, dahlah kami sikit, kalau korang tak tolong, saper lagi , yer tak?
- kami cume memenuhkan kaki lima kelas 6a1 pagi-pagi buta, kelas korang ramai budak cun...amoi pun ada.
- korang perasan tak cermin kelas korang selalu hilang, kamilah yang amik.
- kelas kami warna hijau...kelas kamu warna biru...

tu jer pun..tu kire jahat ke...?

Monday, March 16, 2009

Kerja yang tak sepatutnya dibuat oleh seorang pelajar tapi dibuat juga.

Sebagai seorang pelajar, kerjanya adalah belajar, kalau dia tak belajar tapi pi sekolah dan dia bekerja di kantin, ia dinamakan sebagai penjaga kantin sekolah, walaupun dia bersekolah namun sebab dia tak beljar di sekolah ia tak layak memakai title pelajar, pakai nametag pun tak bleh. walaubagaimanapun masa beljar adalah suatu tempoh masa yang memboringkan apabila tidak diselang-selikan dengan aktiviti-aktiviti berfaedah dan tidak berfaedah. Sebagai seorang peljar, keupayaan untuk menaakul persekitaran dan menggunakan segala peralatan dan suasana masyarakat sekeliling ada sesuatu yang basis. aku cuba senaraikan beberapa pekerjaan sampingan seorang pelajar zaman aku kat SMK Sandakan dulu. Budak-budak sekarang dilarang meniru beberapa aksi yang kurang sesuai dan kurang ajar.

1) pengukir- memandangkan waktu 5.30 sehari, lima hari semnggu, x termasuk cuti umum adalah sesuatu yang cukup panjang, maka aktiviti yang bersifat kesenian perlu digalakkan untuk menarik minat peljar. masa ni meja kayu lagi, jadi meja kayu ni xkan nak bior blank je kan. maybe kerajaan tak cuup duit nak bayar tukang buat meja buat ukiran kat meja tu, jadik sebagai seorang warga yang bermoral maka kami mengambil amanah utk mmbantu kerjaan bagi mncantikkan lagi meja tersebut maka ukiran-ukiran dalam bentuk Pohon Hayat, pilin ganda, swastika, tumpal, kawung, geometris, bintang, flora binatang, kaligrafi, motif Arabes dan Turki menjadi pilihan. namun yg paling popular adalah menulis nama samaran dan juga nama kekasih ( jika ada ). Wlaupun tidak sehebat seni kat arab Islam, melayu, Jawa, Banjar, ataupun turki, ukiran-ukiran tersebut pastinya akan menjadi sebahagian dari artifak bersejrah dalam 1000-2000 tahun lagi.

2) jurujual baju dalam - Side income ni mmg lumayan. yerlah masa tu budak pompuan akan bersilih ganti membeli pakain dalam yg berjenama dan up to date (aku tulis ni berdasarkan kepada meklumat dari kalangan wanita, penulis menafikan dan bersumpah tidak memakainya..sumpah beb). aku pun tak tahu masa biler dorang nak pamer bnda2 ni. dari cerita yg disampaikan oleh individu yg dirahsiakan identitinya, kebiasaannya jurujual akan membawa katalog bagi menarik minat pelanggan. aku tak mahu tulis pnjang2 bab ni, kalu nak tahu lbey tanya la budak pompuan..huh.

3) penyewa video tape blue- aku tahu dan kenal mesra dengan individu yg bertanggungjawab melakukan pekerjaan ini. walaubagaimanapun aku bukan pelanngan beliau, diulangi bukan pelanggan beliau. masa tu takdak lagi dvd or vcd, semuanya dalam btuk tape. korang bayangkanlah betapa berisikonya pekerjaan ini. kalau dvd tu blehlah sorak dalam suar ke, kepit kat ketiak ke, atau letak kat dalm baju, ni tape beb, korang bley byng kalau ada org order 3-4 tape, nak ditolak, rezeki tu, kang bawa kang klau kantoi, naya sial..jadik biasanya geng2 stokis tape blue ni akan menyimpan stok mereka diluar kawasan sekolah. hanya urusan promosi dan tempahan dilakukan didalam sekolah. tapi business ni tak lama dan dah lama tutup, aku tak tahulah sebb budak smk baik2 ke, atau perniagaan tu tak berkat.

4) posmen- pekerjaan ini sesuatu yg cukup pariah sifatnya kalau melibatkan duit atau upah. kalau dibuat dgn kerelaan dan kegedikan sendiri, ia akan menjadi mulia, kerana secara tidak langsung ia menjadi orang yg menyambungkan silaturrahim sesama insan. masa ni henpon takde, nak pakai public phone pun, sen tak cukup, nak beli karipap pun potong dua, apa jadahnya nak habiskan duit call awek. jadik sistem perhubungan yg paling ideal, murah, cepat dan dipercayai adalah melalui penghantaran secara pos laju dan ekspress. surat dan nota cinta akan dikirim melalui posmen dengan sedikit habuan. kenapa aku cakap pariah, sbb charge utk servis ni murag giler, pling standard pun 20 sen je, tapi dijamin smpai [pada hari dipos. walaubagaimanpun profesion ini mengalami zaman kemerosotannya dan hampir pupus apabila teknologi henpon melanda.

5)khadam a.k.a toyol - pekerjaan ni lebih rendh martabatnya dari posmen, dari nama pun tahu. biasanya ia cume ada di asrama sekolah je. masa tu sekolah kita menampung bebudak darjah 6 dari skolh2 pedalaman. dorang ni datng jauh2 xkan nak blaja je kot, mestilah melakukn aktiviti2 lain yg boleh meberikan nilai tambah kpd ilmu mereka. biasanya mereka ini akan melakukan kerja tanpa bayaran, tapi imbalan yg mereka dapt adalah perlindungan dari taiko-taiko atau otai-otai. jadi bila dorang dah jadik khadam atau toyol "abang2" maka dgn sendirinya keselematan mreka akan terjamin. dan bagi mengaburi mata pihak berkuasa terutamanya warden, sistem adik angkat digunapakai sebagai penyamaran. dorang ni boleh dikerahkan utk mbuat sbrng aktiviti, dari basuh baju, sidai baju, amik makanan kat kantin, hantar surat cinta dan kadangkala diminta utk menurunkan tandatangan bagi pihak abang2 yg uzur syarie dan tidk dpt turun ke surau. aku tak tahu, pekerjaan ini ada lagi tak, tapi pkerjaan ini patut dihentikan kerana ia tidak dilindungi KWSP atau PERKESO.

ada lagi sebenarnya pkerjaan2 yg selalu dibuat oleh seorang peljar, xkan aku nak tulis semuakan, ni pun dah rabak otak aku mememorikan balik. ok sekian.

Friday, March 13, 2009

Hidup tanpa Teknologi

Budak-budak yang lahir selepas zaman 4U2C, Feminin, KRU, Nico dan lain-lain mungkin tak terfikir macam mana budak-budak zaman wings, terra rossa, lefthanded, BPR, Search, GErsang, Uthopia boleh hidup tanpa handphone. Yer la zaman kita mana ada henpon, paling ganas ada ATUR. budak-budak sekarang confirm tak tahu dan mungkin tak pernah tengok ATUR tu ape. Bagi yang tak tahu ATUR ni macam telefon bimbit. Bezanya ATUR ni xleh nak bimbit, silap-silap klau badan ko kecik ko kena junjung je benda ni, sebab besor. dan janganlah mimpi nak gantung kat leher korang, nescaya leher korang leh patah 13. Besor ATUR ni adalah besor macam telefon kat public phone sekrang. betul..korang tak percaya? korang bleh tanya insan-insan yang sempat hidup di zaman ATUR ni.Kalau ada benda ni memang kira berlagak giler la. sambil makan letak benda tu atas meja.

Pastu baru kuar yang kecik sket, saiz botol air. Ni kira advance la, kira yang pakai benda-benda ni business juta-juta. Setakat gaji guru KPLI jangan mimpilah nak beli. PAstu barulah model-model yang leh gantung kat leher, leh simpan dalam kocek seluar dan yang boleh SMS keluar.

Mungkin korang takleh nak bayangkan macam mana kitorang nak contact member-member lepas sekolah, ngayat awek-awek cun atau bagi warning yg cikgu disiplin on the way masuk kelas. masa tu plak kami takde ilmu telepati, atau belajar dengan mana-mana bomoh leh hantar mesej guna angin.

Masa tu business tokeh public phone sangat menguntungkan. bak seperti mempunyai wadi di gurun yang kontang dan pijar. Semua orang nak berebut guna public phone. Kire orang yang guna public phone ni lebih ramai dari orang yang guna surau nak solat. masa tu duit syiling menjadi rebutan di dalam pasaran. Kad phone jangan ceritalah. masa tu terciptalah beberapa kemahiran yang bebudak sekrang confirm takleh tiru. boleh call sampai antartika guna seposen atau kad kosong.

jadik kembali ke tajuk asal, macam mana nak contact member lepas sekolah kan. takkan nak bagitau esok kelas batal kena ketuk rumah dia kan, xkan nak ngayat awek kena tunggu depan rumah dia, tu menempah nahas namanya.

teknik penyampaian mesej dari mulut ke mulut sangat asa ketika itu. maklumat perlu disampaikan kepada semua orang manually. contohnya ada kelas tambahan. maklumat yang aku dapat kelas tambahan Pengajian Am 1, pukul 2, hari tiga. maklumat tu mungkin akan sampai ke orang 3 hingga ke 5 dalam bentuk asal. tetapi sekiranya rantaian penyampaian maklumat itu sampai ke individu yang mempunyai masalah pendengaran atau masalah pemahaman maka ia akan bertukar . contohnya

Ayat dan maklumat asal:
" ada kelas tambahan pengajian Am 1, pukul 2 , hari tiga ni.."

Ayat dan maklumat yang sampai
1. " ada kelas tambahan pengajian am 2, pukul 3, hari 2..."
2. " ada kelas tambahan pengajian am 1, pukul 1, hari 2..."
3. " kelas pengajian am ditambah 2 hari lagi..."
4. " 3 hari ada kelas tambahan, pengajian am sahaja..'

bayangkan betapa maklumat-maklumat tidak tepat ini tersebar dengan dikalangan peljar. dan ia seringkali berlaku. dan ia juga sering dijadikan alasan kukuh untuk menjustifikasikan ketidakhadiran ke kelas-kelas tambahan..

aii..panjang dan aku tulis ni..aku akan sambung lain kali, mcm mana budak-budak zaman kami nak ngorat awek..tanpa teknologi SMS. apa barang bang, nak ngorat face to facelah, setakat pakai SMS, korang derma kat tabung palestin lagi masjid..

Thursday, March 12, 2009

Guru Pelita Hidup

Guru pelita hidup..itu kata orang dulu, sebab masa tu api elektrik takde lagi, semua guna pelita sumbu, paling advance pun guna lampu kalimantang guna kuasa bateri, bateri plak kongsi ngan TV. kalau nak bukak TV kena offkan lampu, sebab klu tak off, gambar kat TV jadik "kurus". Kalau nak diumpamakan pada hari ini, bolehlah dikatakan guru umpama petrol. tanpa petrol kenderaan berenjin tidak boleh bergerak, Janakuasa elektrik yang guna petrol tak dapat nak supply kuasa elektrik dan yang paling penting tanpa petrol, negara boleh bankrap (tu kata menteri...singapura takdepun petrol, steady je aku tengok).

jadik bayangkanlah kehidupan tanpa petrol macam mana, pasti dunia akan jadi kelam kabut, bergelap, statik dan tidak mampu menjana pertumbuhan ekonomi. Begitulah juga peranan seorang guru, tanpa pendidik anak bangsa tidak akan mampu mentadbir negara. Menteri, doktor, hakim, peguam, arkitek sehinggalah seorang buruh kilang sekurang-kurangnya pernah bersekolah dan mengambil peperiksaan. paling koman pun ambil periksa lesen L, dan sebelum ambil periksa kenalah belajar dulu ye tak. Takkan nak ambil test tak belaja kot. lainlah kalau nak test air kencing ke, test HIV ke atau test mengandung, tu memang takyah belaja. Tapi yang lain kena belajar baru test, jadi proses pembelajaran itu pastinya memerlukan seorang guru. Tak kiralah guru tu guru BM ke, guru PJ ke, guru memandu ke, guru memasak ataupun guru silat.

Masa jadik budak sekolah dulu takdelah kita fikir sangat kepentingan guru ni. kalau cikgu takde lagi kita seronok. keseronokan akan bertambah kalau guru yang tak masuk tu guru yang poyo, gedebe ataupun kita tak siap kerja rumah, punyalah bersyukur, sampai siap ada yg nazar kalau cikgu tak masuk kelas. tapi bila dah besor ni, akal pun cerdik sikit baru kita tahu yang guru ni sebenarnya penting, kalau takde guru kita takkan jadik apa yang kita jadik pada hari ini.

Kalau kelas aku, ada sorang cikgu yang paling ditakuti sekaligus tidak digemari, Cikgu Roslan Ahmad. Muka cikgu ni giler jarang senyum, kalau senyum pun senyum mcam senyuman komunis dalam drama lepas perang ngan askar, pastu dapat bunuh askar. kalau kerja rumah tak siap, siaplah punggung korang, ada gile budak besor macam kitorang kena rotan kat punggung, leh mandul wooo..paling best biler dia suruh berdiri atas meja. best dapat tengok awek berdiri atas meja...macam buat catwalk pun ada.

tapi sebab dia garang dan tak sentimental, mnyebabkan pelajr tak leh main-main subjek dia. semua tetiba jadik pandai. semua kerja rumah tetiba siap. kira boleh tahan jugaklah daulat cikgu ni. tak silap aku, subjek Pengajian Am yg dia ajar, semua lulus.

aku akan tulis lagi pasal cikgu-cikgu lain, sebab setiap guru ada feel dia masing-masing. ada yang ajar sampai nangis-nangis, ada yang baca je, ada yang tulis papan hitam tu tak henti-henti, belum jenis yang maki hamun je. tapi berkat guru-guru ni ramai yg berjaya, budak-budak tingkatan 6 SMK sandakan batch 98 ramai yang berjaya. kalau tak berjaya dari segi akademik pun, at least takde lagik yg aku dengar jadi pencuri, perompak, penyamun, buang anak atau jadi ahli parti politik yang rasuah.

sekian.

Wednesday, March 11, 2009

Chenta

Bercinta..putus..bercinta lagi..putus..bercinta dengan orang lain..putus..bercinta..
kalau nak cerita pasal cinta zaman sekolah mungkin setebal buku tatabahasa dewan..erghhh..buku yang aku pinjam dari library tingkatan 6..betul..aku dah kasih balik...sumpah?..ergh..

sebenarnya percintaan sesama jenis ( maksud aku sesama pelajar ) adalah perkara lumrah masa tu. aksi couple sedang hangat bercinta ini begitu mudah dikenali kerana transparent sekali. masa tu takde handphone lagi, adapun x mampu beli, pengetua pun masa tu tak mampu nak beli, apalagi kami yang tidak mempunyai pandapatn tetap seperti beliau.

jadi kalau terlihat aksi sepasang pelajar yang sering berjalan berdua, sama ada waktu datang sekolah, balik sekolah, di dalam kelas, di balkoni mahupun di dalam library, bolehlah dismpulkan mereka itu sedang bercinta..aku? aku baru mumayyiz waktu itu, belum boleh bercinta..betul..sumpah?....erghh..

kehangatan percintaan mereka ini tergambar melalui aksi berani mati demi cinta sejati yang dipaparkan. Ada yang sanggup meredah hujan bersama, berpayung awan dalam terik matahari yang pijar, tidak kurang pula yang sanggup beratur panjang di kantin demi membelikan kekasihnya sebiji karipap atau sebungkus sirap..aku..aku tak pernah..betul..

dan yang lebih darring, adalah yang berani untuk menyatakan cinta suci nan putih mulus mereka dihapan guru kaunseling dan guru disiplin. Walaupun cinta hero dan heroin hindustan cuba dhalang dan diperkotak katikkan oleh golongan guru yang tidak sentimental umpama crook filem hindustan, mereka sanggup mempertahankan cinta itu...aku...ni betul bukan aku..

keberanian, keteguhan, kekuatan dan keazaman itu datang dari rasa cinta testoteron ( apa ni?) yang membuak-buak dalam usia remaja. Chenta walaupun terhalang, terasa manis-manis buah dan nikmat seolah-olah berbuka puasa dengan cendol dan mertabak jawa. tidak terungkapkan..jadi segala penghalang itu bukan apa-apa bagi mereka yang mahu membuktikan cinta mereka.

masa berlalu dan daun-daun sakura bersilih ganti menemankan pohon-pohon tua di pinggiran fujiyama..cinta itu hilang..walaupun memori tetap indah, hanya tugu-tugu lama yang terukir dengan cerita-cerita chenta menjadi pencatat kepada memori silam...aku?..aku takde..ni cerita orang lain ok...

sekian.

Thursday, March 5, 2009

Kelam masa lalu

aku xde idea nak tulis apa sebenarnya, kawan2 pun dah jarang bagi komen. Ntah tetiba hilang , pening ngan PPSMI ke cikgu2? jadik bagi mengelakkan dari blog ni terus berhabuk aku gagahkan jua jari-jariku, (sebenarnya aku hanya menaip menggunakan jari tengah kedua-dua belah tangan).

bila recall balik zaman sekolah, ada yang masa tu kita anggap serius giler, tapi sekarang rasa nak tergelak bila ingat2 balik. contohnya dalam kes kebersihan kelas. aku masih ingat setiap minggu ada dua je kelas yang akan jadi pemenang. Tak USA1, mesti USA2, dan USA2 selalu menjadi johan, kerana separuh dari kelas adalah pengawas.hahah

korang boleh bayangkan, sebab pertandingan kebersihan kelas boleh dijadikan isu besar dan memanaskan kembali konflik-konflik perkauman dan perang dingin diantara kelas, (especially girls). semua orang tahu, kelas USA1 ada satu kelompok pergerakan wanita yang cukup radikal dan vocal. dan USA2 ada sekelompok makcik wannabe yang cukup annoying dan sering mempersendakan pendekatan pergerakan wanita USA1.

aku tak tahu apakah itu memang chemical romance wanita-wanita, tapi yg pastinya 2 kelompok ini akan sedaya upaya utk tidak bertembung, di asrama, balkoni kelas, stesen bas menajdi saksi perseteruan yang cukup panas ini.

dan mereka juga giat melobi golongan lelaki untuk bersimpati dengan perjuangan mereka. kami lelaki, sebagai insan rasional, sedaya upaya bersikap berkecuali dan memberikan kasih sayang seadilnya kepada dua kelompok ini. malangnya bukan semua lelaki mempunyai kekuatan iman untuk mempertahankan prinsip itu. ada yang memihak, terpaksa memihak, pura-pura-pura memihak atau pura-pura dilihat terpaksa memihak.

sebagai contoh, apabila ada program masak-masak di asrama, pergerakan wanita USA1 akan mencadangkan sanggara peppe sebagai menu utama. Ianya pasti dibangkang oleh sekumpulan wanita dari kelompok USA2 atau yang bersimpati dengan mereka. kami yang lelaki terpaksa memilih, dan kami sering berada dalam keadaan serba salah. aku? aku tak kisah. apa-apa pun aku makan. tapi kesimpulannya kami lelaki adalah mangsa perseteruan itu.

kami memang kelompok minoriti, kami kaum yang tertindas. natijah daripada itu, ada dari kalangan kami yang dihimpit perasaan tertekan dan meyebabkan prestasi akademik kami tidak secemerlang golongan wanita. selama 2 tahun itu adalah penderaan batin yang tidak terluahkan dengan apa juga bahasam termasuklah bahasa PPSMI., ia seumpama seksaan tahanan buruh paksa oleh jepun di landasan maut, seperti penyeksaan amerika di penjara guantanamo, ... wajarkah kami menuntut kembali kepada golongan wanita2 ini, tentang masa lampau kami yang kelam??

sekian.

yang benar dan macho
Lelaki X-USA99 yang teraniaya