bila balik sandakan, gua selalu ziarah SMK sandakan. mcm org ziarah kubur, datang n pergi, dan aku takde niat lagi nak masuk sampai bilik guru. kalau mula2 dulu maybe gua bole jenjalan tengok2 mana guru-guru yang masih gua kenal n paling penting dorang kenal gua. apa cerita kalau ko boraak dengan dorang mesra macam orang yg hutang ngan ko, tetiba dia bley tanya "encik ni sapa...? perghh..
tapi yang aku fed-up bila tengok guard depan pagar sekolah. masa aku xde lagi, masa tu pengawas je minat kerja jaga-jaga ni. kali nak pegi masuk siap bagi kad pengenalan lagik. beb..wa nak bagi legal advice free kat korang, kalau sapa2 minta IC lu orang , jangan bagi, melainkan polis atau kadhi , tu pun masa korang nak kawen la. ari tu siap minta IC gua, gua sound balik, ni minta2 IC orang ni, lu orang ada IC ke...hahah..sekali biru muka dia gua tanya macam tu.
aku taulah dorang cuma menjalankan tugas yang aku dengar arahan tu dtg dari cikgu fazman. dorang x tahu aku ngan cikgu fazman pangkat abang ipar tak jadi..kang aku sound cikgu fazman, bukan takat guard, dengan pondok2 sekali rasa kena cabut.
bila menapak balik masuk ke sekolah, ada perasaan semacam yang sukar dipotretkan dengan kata-kata. seolah-olah korang masuk ke suatu alam yang ko kenal, tapi sudah x mesra..mudah cerita macam jumpa mak bekas awek korang..macam nirvana..yaa nirvana adalah perkataan yang tepat.
gua tengok aksi dan gaya murid sekolah yang kadang poyo atau yang buat muka ah long terpaksa, gua rase macam nak tergelak..mcam ni lah aku dulu..
Wednesday, June 24, 2009
Posted by UpperSixers at 4:33 PM 1 comments
Monday, June 22, 2009
Tambang
dulu pakai baju sekolah dapat tambang murah
Karamunting-bandar = RMo.45
Bandar-SMK= 3 kupang, klu belanja awek kena double.
sekarang berapa aah?
Posted by UpperSixers at 4:54 PM 0 comments
Thursday, June 18, 2009
walaubagaimanapun sebagai yang dinyatakan diawal artikel ini, dangdut bersifat anti-urbanz, jadi adalah menjadi satu kemaluan yang besar apabila seorang yang mengakui dirinya sebagai penganut aliran rock keras seperti H.I.M atau megadeath mempunyai koleksi kaset dangdut rhoma irama atau Ike. mereka boleh sahaja mengaku pernah mengskodeng anak jiran, kencing di dalam kelas atau menonton vcd lucah..tapi untuk mengaku sebagai peminat dangdut, tidak sekali.Posted by UpperSixers at 9:09 AM 0 comments
Thursday, June 11, 2009
SMK


p/s: gambar2 ada ciplakan dari blog si mas. http://mylittleparade.com/
Posted by UpperSixers at 1:20 PM 0 comments
Wednesday, June 10, 2009
Kapur
"huh..ingat sekolah orang kat Azerbaijan ke? mana de pakai kapur, pakai maker la..LCD pon pakai maaa.."
itu dialog antara aku dan isteri aku semalam. aku gatal mulut nak tanya bukan apa, sebab
gambar ni sekadar hiasan, takde sorang pon dari kelas kami bermuka seperti mereka
berbalik pasal cerita kapur tadi, zaman aku bersekolah dari sekolah rendah sehinggalah tingkatan 6, kapur masih menjadi sebahagian dari silibus wajib dan alatbantu mengajar yang paling diperlukan. kadang-kadang ada guru yang rajin sket, guna projektor..projektur siyut..kira masa tu projektor to setaraf TV LCD 42 inci la. seronok giler bila cikgu masuk kelas junjung projektor. seronok dan teruja, macam seronok menunggu member pasang VCD lucah kat dvd player.
tapi yang selalu potong stim, projetor ni tak boleh guna lama, lama sikit benda ni jadik panas, bila panas kena la off. rasa2 aku dalam projektor tu ada water heater la..xpon seterika..jadik terpaksa cikgu tu baca je apa benda yang dah ditulis kat kertas plastik invicible tu...frust..nak buat macam mana..
berbalik kepada cerita kapur tadi, kapur biasanya datang dalam kotak2 kecik, dalam tu tak silap aku ada lebih kurang 100 batang kapur. kalau digunakan secara berhemah, satu penggal boleh tahan. tapi kalau dapt kat budak2 berjiwa tentera, maka kapur itu akan diterjemahkan ke bentuk peluru dan boleh habis dalam masa tidak sampai sejam.
satu benda paling leceh bila kapur habis, adalah proses meminta sedekah kapur dari kelas berdekatan. beb..lu rasa macho lu takat mana bila lu kena minta kelas sebelah punya kapur? muka samseng cam hamid gurkha,tapi datang nak minta kapur...senyuman manja awek2 kelas sebelah tidak lagi mengundang gelora syahwat seperti hari-hari biasa.
kapur ni dipadankan dengan pemadam papan hitam, ada yang berbentuk sfera dan kain sepenuhnya, ada gak yang berbentuk 4 segi dengan sebahagian darinya adalah kayu. selain digunakan sebagai pemadam, bnda alah ni jugak boleh digunakan sebagai "penyeyap" atau "silencer" kepada makhluk2 yang bermulut radio. sekali kena tang muka, seminggu babau (bisu).
kapur ni ada yang putih, ada yang colourful. bnda ni jugak boleh digunakan untuk mengenalpasti manusia yang sering mengepow kerusi feveret korang. letaklah kapur kat bahagian tempat duduk kerusi tu, jadik mana2 mamat atau minah yang berlumuran kapur dipunggung mereka, merekalah orang yang patut ko syaki. tapi bila kerusi tu cikgu yang pakai, silap2 ko bleh makan kapur beb.
kalau betul la apa wife aku kata, xde sekolah lagi yang guna kapur ni..aku terbayang..agak2nya tokeh kapur yang jual kapur dalam kotak merah tu berniaga apa sekarang?
Posted by UpperSixers at 1:21 PM 1 comments
Wednesday, June 3, 2009
Cinta guru
semasa di bangku persekolahan , tidak kurang yang jatuh hati pada guru sendiri. begitu juga kami, lumrah sebagai insan normal, kami sentiasa dirundung rasa sayang dan cinta pada ciptaan yang indah. ditakdirkan ramai dari guru kami, yang wanita khususnya, mempunyai ciri-ciri kewanitaan yang sering menjadi idaman lelaki.
ada seorang guru sejarah yang pernah mengajar kami, aku lupa namanya. mmng cun, gewe kelate, kecik molek orghe dio. bak kata pepatah, ditiup angin meliuk, disapa bayu menari, begitulah gemalainya guru ini. hitam manis orangnya. maka ramailah dari budak-budak uppersix yang mendambakan guru ini. beb..gua x into lagi bab-bab ni masa tu..dulu gua rock..rock mana bley cinta-cinta..paling sentimental pon, cintailah bahasa kita..
dilanjutkan cerita, cikgu ni mengajar bab sejarah Asia Tenggara dan Tamadun Islam. subjek ni plak, kena banyak tulis, masa tu penggunaan LCD dalam kelas adalah sesuatu yang diluar imaginasi. jadik terpaksalah cikgu ni tulis nota kat papan hitam, nak harap budak2 ni buat nota sendiri..haram..korang bleh bayangkan tak, kalau seorang makhluk yang cantik sedang menulis di papan hitam membelakangimu..bole?
lagipun adalah kurang manis melihat keluar ketika guru sedang mengajar..jadik kenalah tengok straight ke depan kan..kenalah tengok cikgu tu kan..korang rasa part mana yang 'terpaksa' ditengok tu..gua tak cakap apa2 beb..masa tu gua rabun lagik.
sebab tu biler bab cikgu ni mengajar, mmg bebudak lelaki jadi tetiba rajin. yang kaki lepak tangga, duduk macam malaikat dalam kelas, yang kaki kencing, sanggup kepit kaki tak nak gi toilet. yang kaki tido, mata besor je macam ikan kembung biler cikgu mengajar.
tapi cikgu ni ajar kitorang tak habis, dia transfer balik semenanjung. katanyer nak kawen. maka ramailah yang frust..tak dapat nak tackle cikgu tu. ada yang sampai tahap nak jumpa bomoh, syirik betul dorang ni.
gua? gua apa barang cinta sama lu punya cikgu..cinta sama bahasa lagi bagus
Posted by UpperSixers at 1:34 PM 5 comments
Friday, May 15, 2009
cerita Seorang kawan
| entry ini entry sedih..cerita pasal nasib seorang rakan kami, x-uppersixers 1. kami tahu jalan hidupnya penuh kesukaran, aku tak ketemu perkataan yang sesuai untuk menceritakan masalah kawan kami ini. cukuplah aku katakan hidupnya seharian penuh kesukaran, dia menghidapi penyakit sawan. semasa belajar di form 6 dulu, beliau kadang2 menghadapi masalah penyakitnya di waktu sekolah, dan seperti yang diceritakan oleh rakan kami dalam satu peristiwa http://mylittleparade.blogspot.com/2009/02/kena-pikir-lama-lama.html , dan aku juga berada di situ, ia memberikan kesan yang terlalu mendalam kepada kami semua. dan setelah lebih sepuluh tahun, semalam aku dikhabarkan oleh mas, kawan kami ini telah pergi menemui tuhannya tidak lama selepas kami tamat pengajian di SMK sandakan. terkejut, tergamam, rasah bersalah datang menghambur dalam diri aku. rasa bersalah dan sedih berbaur semakin pekat dan likat, apabila diberitahu tentang bagaimana dia menghembus nafas terakhir..bersendirian..setelah terpaksa 'dikurung' oleh keluarganya kerana penyakit yang semakin menggila. dia mati dalam 'kurungan'...ahhh sukarnya kehidupanmu kawan... mudah-mudahan segala kesukaran dan kegetiran yang kau alami, memudahkan kau untuk bertemu dengan tuhanmu dalam tenang dan damai..Al-Fatihah |
Posted by UpperSixers at 11:02 AM 0 comments

