semasa di bangku persekolahan , tidak kurang yang jatuh hati pada guru sendiri. begitu juga kami, lumrah sebagai insan normal, kami sentiasa dirundung rasa sayang dan cinta pada ciptaan yang indah. ditakdirkan ramai dari guru kami, yang wanita khususnya, mempunyai ciri-ciri kewanitaan yang sering menjadi idaman lelaki.
ada seorang guru sejarah yang pernah mengajar kami, aku lupa namanya. mmng cun, gewe kelate, kecik molek orghe dio. bak kata pepatah, ditiup angin meliuk, disapa bayu menari, begitulah gemalainya guru ini. hitam manis orangnya. maka ramailah dari budak-budak uppersix yang mendambakan guru ini. beb..gua x into lagi bab-bab ni masa tu..dulu gua rock..rock mana bley cinta-cinta..paling sentimental pon, cintailah bahasa kita..
dilanjutkan cerita, cikgu ni mengajar bab sejarah Asia Tenggara dan Tamadun Islam. subjek ni plak, kena banyak tulis, masa tu penggunaan LCD dalam kelas adalah sesuatu yang diluar imaginasi. jadik terpaksalah cikgu ni tulis nota kat papan hitam, nak harap budak2 ni buat nota sendiri..haram..korang bleh bayangkan tak, kalau seorang makhluk yang cantik sedang menulis di papan hitam membelakangimu..bole?
lagipun adalah kurang manis melihat keluar ketika guru sedang mengajar..jadik kenalah tengok straight ke depan kan..kenalah tengok cikgu tu kan..korang rasa part mana yang 'terpaksa' ditengok tu..gua tak cakap apa2 beb..masa tu gua rabun lagik.
sebab tu biler bab cikgu ni mengajar, mmg bebudak lelaki jadi tetiba rajin. yang kaki lepak tangga, duduk macam malaikat dalam kelas, yang kaki kencing, sanggup kepit kaki tak nak gi toilet. yang kaki tido, mata besor je macam ikan kembung biler cikgu mengajar.
tapi cikgu ni ajar kitorang tak habis, dia transfer balik semenanjung. katanyer nak kawen. maka ramailah yang frust..tak dapat nak tackle cikgu tu. ada yang sampai tahap nak jumpa bomoh, syirik betul dorang ni.
gua? gua apa barang cinta sama lu punya cikgu..cinta sama bahasa lagi bagus
Wednesday, June 3, 2009
Cinta guru
Posted by UpperSixers at 1:34 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Cikgu Ramlah ni kan?kan?kan???...
Yang Benar,
Ah Chi
lu tak tau, ada cikgu-cikgu jantan kena tekel ngan bebudak pompuan. Masa nak cek kertas jawapan, bukan setakat kertas jawapan jer, ada lagi lampiran curahan hati jiwa dan raga serta bakul sekali (termasuk juga bahai). Apala bebudak ni, ngan cikgu sediri pong nak ngorat.
ee..cikgu metal ni sp eah??
anony,
ya..cikgu ramlah..dia ada adik kan?
cikgu,
ari tu bukan ada yg hampir2 ke? ke skadar khabor angin?
anony II,
cikgu ahmad zamani
Haris,
apa tu yang "hampir-hampir"? Ishhh...inda paham aku ba. Tapi kalu maksud "hampir-hampir" tu ada kaitan dengan aku punya komen, inda tau la aku. Di luar pengathuan aku tu..:).
Tapi Haris, gua suci beb!
Post a Comment