bila balik sandakan, gua selalu ziarah SMK sandakan. mcm org ziarah kubur, datang n pergi, dan aku takde niat lagi nak masuk sampai bilik guru. kalau mula2 dulu maybe gua bole jenjalan tengok2 mana guru-guru yang masih gua kenal n paling penting dorang kenal gua. apa cerita kalau ko boraak dengan dorang mesra macam orang yg hutang ngan ko, tetiba dia bley tanya "encik ni sapa...? perghh..
tapi yang aku fed-up bila tengok guard depan pagar sekolah. masa aku xde lagi, masa tu pengawas je minat kerja jaga-jaga ni. kali nak pegi masuk siap bagi kad pengenalan lagik. beb..wa nak bagi legal advice free kat korang, kalau sapa2 minta IC lu orang , jangan bagi, melainkan polis atau kadhi , tu pun masa korang nak kawen la. ari tu siap minta IC gua, gua sound balik, ni minta2 IC orang ni, lu orang ada IC ke...hahah..sekali biru muka dia gua tanya macam tu.
aku taulah dorang cuma menjalankan tugas yang aku dengar arahan tu dtg dari cikgu fazman. dorang x tahu aku ngan cikgu fazman pangkat abang ipar tak jadi..kang aku sound cikgu fazman, bukan takat guard, dengan pondok2 sekali rasa kena cabut.
bila menapak balik masuk ke sekolah, ada perasaan semacam yang sukar dipotretkan dengan kata-kata. seolah-olah korang masuk ke suatu alam yang ko kenal, tapi sudah x mesra..mudah cerita macam jumpa mak bekas awek korang..macam nirvana..yaa nirvana adalah perkataan yang tepat.
gua tengok aksi dan gaya murid sekolah yang kadang poyo atau yang buat muka ah long terpaksa, gua rase macam nak tergelak..mcam ni lah aku dulu..
Wednesday, June 24, 2009
Posted by UpperSixers at 4:33 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Tak sangka ada juga bekas pelajar yang masih ingat SMK Sandakan.Aku pun sama bila masuk kat sekolah itu semula.Rasa macam lain.Kadang-kadang sedih juga ingat balik kenangan lalu yang tek seberapa indah tapi bila ingat balik senyum sendiri.Baru rasa semua pengalaman yang lalu kat sekolah tu yang tak indah sebenarnya indah.Hmm betullah kata orang.Kita akan menghargai sesuatu yang telah hilang macam zaman persekolahanku yang telah hilang.Tapi kenangan nya tetap nostalgik.Andai aku ada mesin masa mahu jak aku pergi tengok diri aku sendiri tengah sekolah kat sana.mesti best.Tapi let bygone be bygone
Post a Comment