masa mula-mula masuk asrama dulu satu perkara yang aku kira biasa adalah tidur lewat. budak2 uppersix biasanya study sampai kul 2-3 pagi. dan sesi tu akan diselang-selikan dengan episod mengumpat yang dahsyat. dan biasannya mengambil 95% dari waktu belajar itu. efisyen kan?
tapi apekejadahnya tidur 2 jam je sehari. Pukul 4.30 dah kena bangun solat subuh, jadi kalau korang tengok ada budak-budak yang tidur berdengkur dan mengeluarkan air galian dari mulut mereka dengan penuh innosense dalam kelas, itu budak asrama la tu. Mana ada budak SMK yg kerja menoreh untuk tidak cukup tidur. Masa tu aku pun termasuklah, yerlah baru masuk asrama kenalah ikut rentak dorang. Tapi dalam kelas memang feel mengantuk tu masyuk giler. kena plak duduk tepi tingkap, silap-silap atas meja pun bley baring.
tapi aku tak lama join geng-geng kelawar ni. aku memang jenis taat kalau bab-bab tidur ni, mak aku pesan tidur kena cukup 8 jam sehari. So masuk je pukul 10 aku terus landing kat katil aku, walaupun time tu masih time mengaji lagi. Apa barang aku nak jaga sampai kul 3 pagi semata-mata nak layan cerita budak-budak pompuan kan? lagipun aku dengar cikgu-cikgu ramai yg dah komplen sbb budak2 hostel tidur berjemaah dalam kelas masa dorang mengajar.
tapi gua salute la member2 yg boleh stay belajar smpai tengah malam, yang bawa bantal pun ada. tu belu kira yang usung selimut sekali. Jeles gak tengok mata dorang ni punya tahan, aku pukul 8 je mata aku dah sayu-sayu seperti dipupus angin semilir utara rasanya. Jadi bila dorang ajak aku join studygroup, alasan aku satu je, aku nak tidur. kalau berani tidur sekali la. dan kebiasaannya aku akan dapat penampar mesra dari penduduk aspuri.
ari tu ada gak try study tengah malam ni, manalah tahu ilmu masa tu tengah turun dari langit, tapi masuk je pukul 12, mata aku dah tak bley nak buka dah. kalau ada awek depan meja pun aku kelip sebelah mata je. nak baca buku? nak pegang buku pun pakai siku je, apahal plak nak baca kan?
Monday, August 10, 2009
tidur lewat @ hostel
Posted by UpperSixers at 4:02 PM 2 comments
Tuesday, August 4, 2009
dulu-dulu
Jailan orang pertama yang aku jumpa masa mula-mula register kat SMK sandakan. Sebab aku tak kenal sesapa lagi dan ditakdirkan budak-budak lelaki X-sekolah aku takde sorang pun kat SMK sandakan, automatic aku jadi alien. macam pelarian kemboja yang baru mendarat kat pantai kelantan. bila ada sorang sound aku dan sudi menemankan aku untuk berkenal-kenalan dengan SMK, aku begitu menghargainya. Jailanlah hero aku masa tu, my saviour, dia pun cakap sedap, macam taiko, semua orang dia hye semacam je. Dalam kepala otak aku masa tu, Jailan ni mesti saudagar barang haram ni, takpun paling koman pusher.
Disebabkan imej SMK yang tak berapa nak bersih pada ketika itu, aku terbayang akan dibelasah pada hari pertama aku kat SMK. dorang bukan boleh tengok budak lagi hensem dari dorang, dan aku pada masa tu, orang kata muka macam awie, automatic hensemlah kan..dan dorang pun tengok aku semacam je.
Aku lepak first sekali ngan geng Simin. Masa tu aku ingat dialah taiko besar sebab muka dia cam eman manan. Tapi beberapa hari selepas tu aku mula kenal taiko-taiko SMK yang terselit masuk uppersix. Masa tua aku baru kenal faisal bone, rashid sim-sim, amir lahaking, nas budak pasar, mazni forest, dan dorang ni memang dah kena maki oleh cikgu roslan martinis hari pertama dorang jejak kaki ke uppersix. dari riwayat yang sampai pada aku, dorang ni dulu memang kumpulan buangan, tapi ntah macam mana bleh lulus SPM.
Guru pertama yang masuk mengajar hari tu cikgu roslan martinis la. dari jauh aku perasan ada cahaya yang menghampiri kelas aku masa tu, ingat lampu jalan, rupanya wajah cikgu roslan yang bersinar. dia ni memang garang giler, aku pun tak tahu ada masalah rumahtangga ke apa. guru-guru yang lain semua line clear.
mula-mula aku tak berapa into budak-budak ni. tapi ntah macam mana aku boleh masuk geng dorang. nampak je jahat, tapi kalau tarbiyyah betul-betul silap-silap bleh jadi pegawai agama dorang ni. tapi satu je dorang tak boleh nak tinggal, aku pun tak berapa faham kenapa dorang tak suka pakai stoking. nak kata tak mampu, dorang layan rokok dunhill gak hari-hari. Bila spotcheck itulah kesalahan rutin yang selalu ditemui oleh mat pengawas. itu belum cek bab lain, aku rase ada gak yang tak pakai kat dalam-dalam.
Aku dah lama betul tak jumpa dengan dorang ni, last sekali aku jmpa faizal bone, dua tahun lepas, masa tu dia belum jadi cikgu, masa tu kutu lagi. Bila singkap kisah-kisah kitorang masa sekolah dulu, tak sangka hari ni bley duduk dan ada jawatan yang bagus-bagus.
Posted by UpperSixers at 4:09 PM 10 comments
Tuesday, July 21, 2009
uppersixers @ youtube
korang bley layan klip yg aku post kat utube. hampir semua tu gambar yang si mas ambil. cume x bnyk gmbar USA2, kalau ada sesape yg simpan lagi gmbar2 lama boleh e-mel aku kat uppersixers@yahoo.com. k..layannnnn
http://www.youtube.com/watch?v=FeYNQK46IOQ
Posted by UpperSixers at 1:25 PM 0 comments
Tuesday, July 14, 2009
Dulu dan sekarang
Dulu korang terima bulat-bulat apa yang ada dalam buku teks dan apa yang ada silibus matapelajaran yang kamu ambil. Segala fakta, huraian, cerita atau sejarah, kamu terima. Selepas lebih 10 tahun selepas itu, kamu akan sedar banyak fakta, huraian, cerita dan sejarah itu adalah mengarut!
Posted by UpperSixers at 1:16 PM 0 comments
Monday, July 13, 2009
Teman tapi tak mesra
Rutin seharian kitorang sebagai seorang murid sekolah adalah pagi-pagi buta dah pegi sekolah. sampai sekolah belajar lebih kurang, kalau cikgu malas nak masuk korang bleh lepak sambil sembang pasal rancangan tv semalam, masa tu kat sandakan ada Tv1, tv2 dan tv3. Astro takde lagi masa tu. jadi takdelah rancangan-rancangan mengarut cam AF, raja lawak, tomtom bak. paling advance boleh cerita, drama minggu ini atau majalah 3. Kalau yang indie sket, blehlah cerita pasal tape blue terbaru dalam pasaran.
Masa tu takde terfikir masalah-masalah dunia ni, masalah sendiri pun malas nak fikir apakejadahnya nak fikir pasal krisis minyak antarabangsa dan perpecahan negara Chzecslovakia. Hidup macam takde masalah. Aku rasa masalah paling besar masa tu pun masalah ko tak siap kerja rumah. disamping masalah sembelit dan awek tak balas surat cinta.
Masa tu kawan-kawan ni macam kaunselor, boleh cerita apa-apa pun, orang yang paling rapat dan paling korang percayai, melebihi mak bapak korang. mungkin korang tak cerita korang date dengan sape semalam, atau ko kena cekup sebab main ting-tong, tapi dengan member korang boleh kongsi yang rahsia tahap negara.
tapi bila jumpa balik member-member yang banyak simpan cerita mesum korang, yang banyak bagi nasihat yang baik atau kurang baik, yang sama-sama berkonspirasi berbuat tindakan yang tidak berakhlak, selepas 10 atau 20 tahun, korang dapat rasakan yang kemesraan tak macam dulu lagi. korang takkan cerita yang ko dah kahwin dua, dan dua-dua isteri korang tak tahu atau rahsia-rahsia kecil yang lain.
yerlah mana taknya, mesti ko segan giler dengan member yang dah 10 tahun tak jumpa. dulu masa kat sekolah , dia belum tumbuh janggut. masa tu tiap hari lumur muka ngan minyak zaitun, nak bagi tumbuh bulu, tapi bila ko jumpa dorang hari ni, bukan takat janggut, bulu kening pun dah bersambung, dah macam anak orang utan. Atau 10 tahun lepas, rambut member korang lebat cam Ikram Dinzly, bila ko jumpa balik dah macam hutan kena ceroboh, dah macam rambut Zaibo. Atau member korang yang pakai span kat tempat yang sepatutnya menonjol bagi kaum wanita, bila ko jumpa dia baru-baru ni, dia dah macam ahli gusti pompuan ..bergantang-gantang. mesti korang segan kan?
nak sembang lama pun tak bleh, sikit-sikit bini call, tanya kat mana atau minta suruh beli susu dan pampers anak. atau call dari client korang, yang jadi businessman la. Yang jadi cikgu, ada gak terima call dari client, especially yang join MLM.haha. yang paling haru bila nak jumpa member lama kena bawa anak-anak sekali sebab order dari bini. nak mengaku bujang pun tak boleh.
tapi yang paling best bila korang terserempak atau menyerempakkan diri berjumpa ngan x-bf atau x-gf korang. mungkin ada yang rasa rugi sebab tak ambil terus jadi pasangan hidup. tak kurang jugak yang tak putus-putus memuji Allah sebab tak dijodohkan dengan x-gf atau x-bf korang. yerlah dulu masa couple langsing macam sheila majid, bila jumpa balik, dah macam Kak Pah dah.
Kalau takde aral melintang, pada 11.11.2011 atau 11.11.11 kitorang cadang nak wat gathering utk form 6 SMK Sandakan batch 99. kalau korang nak join, atau ada contact dengan member2 kita , bleh contact aku atau si mas = http://mylittleparade.blogspot.com, atau si santi andi mapiare.
ada cadangan nak suruh pakai baju sekolah yang lama, tapi for surelah banyak butang yang terbuka dari leh kacip hari tu.hahah.
Posted by UpperSixers at 12:10 PM 1 comments
Tuesday, July 7, 2009
Kantin
kalau kira ngan jari tangan pun aku rasa cukup untuk menghitung berapa kali aku menjejakkan kaki ke kantin sekolah. aku tak sanggup beratur panjang, berhimpit-himpit dan akhirnya teraba seseorang, sama ada yang sejenis ngan ko, atau berlawanan jantina ngan ko hanya sebab nak beli mee goreng 50sen dan air sirap 20sen. tapi kalau ada orang belanja, awal-awal gua rembat nasi kuning lauk ayam. kalau ko makan ngan cikgyu, atau pengetua memang layanan yang ko dpat mcm layanan kedai mamak 4 bintang.
tapi bila korang pegi sendiri, pastu beli plak karipap ngan air oren, layanan memang cam kodi gua cakap. dahlah karipap keras cam batu, pastu tak bagi plastik plak tu. aku rase kalau korang beli air sirap 10sen, makcik kantin minta korang nganga pastu dia bubuh je air dalam mulut korang. 20sen tu sebab dia cas kat plastik tu la. ari tu aku ada suruh sorang makwe ni beli karipap untuk aku..sebiji beb..balik dari kantin dia bawa karipap tu bungkus dalam tisu. aku tanya tisu tu sapa punya. nasib baik dia kata tu tisu dia, aku kalau tisu awek ni, bungkus apa pun aku telan ..hahah
ari tu aku tengok makcik kantin tu isi air paip dalam satu tong air, pastu dia bubuh gula, sirap then kacau-kacau, pastu bubuh ais batu then tutup tong air tu. pastu dia bagitau aku," buat air ni kita kena jaga barsih-barsih, nanti sakit parut itu budak2 skul". ermm...tapi paip tu semalam budak2 yang camping buat tempat basuh pas buang air. err..kira-kira bersih ke ek?
start ari tu gua tak minum air murah-murah ni. gua kalau nak minum pon order coca-cola, fanta, oren, paling koman pun susu kacang dalam kotak kat kantin.
Masa rehat 30minit bagi aku tak cukup untuk pelajar membeli makanan kemudian makan dan terus masuk kelas. bagi aku amalan tersebut tidak sihat terutamanya untuk sistem penghadaman. paling kurang kena bagi rehat 2 jam untuk pelajar mendapatkan gizi seimbang. pastu bagi plak masa rehat 2 jam untuk pelajar rehat dan proses pencernaan berlaku secara teratur di dalam perut. masa ni nak tido pon bleh. barulah ni rehat yang bermanfaat dan sihat bagi aktiviti belajar. ni 30 minit, mcam tak ikhlas je bagi rehat.
walaubagaimanapun kantin adalah sebahagian dari rekahan-rekahan memori kami sewaktu persekolahan dulu. tidak dinafikan kantin juga mempunyai tugas-tugas sampingan seperti kawasan untuk mengulangkaji pelajaran, tempat untuk bersantai dan kadang-kala digunakan sebagai tempat untuk bercinta bagi pelajar-pelajar yang tidak mahu dituduh berdua-duaan di tempat sunyi.
Posted by UpperSixers at 3:33 PM 4 comments
Monday, June 29, 2009
Tahayul
benda-benda tahayul adalah permainan yang kerap datang secara seasonist pada budak-budak sekolah zaman aku. kadang-kadang mereka dilanda permainan spirit-spirit, abih penutup botol dijadikan medium utk memanggil roh@ setan. Macam2 yang dorang tanya, sape balak masa depan doranglah, sape bakal jadik bini sape. ari tu aku ada gak try minta bebudak pompuan yang main spirit-spirit tanya kat jin dorang, esok nombor apa naik. dorang kata xbley, judik adalah haram di sisi Islam..perghh..
zaman aku budak-budak lelaki kelas aku ada satu kepercayaan tentang satu permainan yang klau ko bley tuntut ilmu ,korang bley buat org pompuan orgasme dengan hanya menggentel biji...lada hitam. (beb..aku try carik ayat yang paling x porno). aku tak tahu sejauhmana kebenarannya. sebab aku pun x pernah tengok benda ni menjadi. hari tu ada gak aku join dorang buat demo, satu kilo lada hitam habis,dah naik bengkak jari menggentel,xde apa2 pon . ke rase-rase dorang kena guna epal ni? haha
tapi member yang tunjuk demo ni aku pun syak dia ada member ngan jin ni lah. bukan sebb muka dia je standard jin, perangai pon ada iras-iras la, tapi aku heran camne dia bley couple dengan awek-awek standard Waheeda? kalau jalan beriringan, orang leh kata beauty & the beast. tapi ramai gak awek yang cair dengan mamat ni, aku try gak tanya sipi-sipi apa petua dia, dia kata xde petua-petua, yang penting hati ko ikhlas dan jujur..ptuihhh..macam haram jawapan.
sebab last sekali aku dengar dia break dengan awek ni, yang aku dengar dia dah dapat apa dia nak. aku malas nak belaja bnda2 ni, bukannya bley letak dalam buku laporan pencapaian akademik pon, kalau bley tambah markah ko-kurikulum pun aku tak nak ambik.
ari tu x-awek aku ada gak bagitau, mamat ni pernah try mengayat dia, entah sebab awek aku ni kuat iman atau power mamat tu tak charge lagik masa tu, dia fail. last-last macam aku je dapat awek tu. mamat tu tanya kat aku balik, apa ilmu aku pakai. selamber je aku jawab
" mana ada pakai ilmu..yang penting kejujuran dan keikhlasan hati.."
Posted by UpperSixers at 1:20 PM 0 comments

