»

Monday, July 13, 2009

Teman tapi tak mesra

Rutin seharian kitorang sebagai seorang murid sekolah adalah pagi-pagi buta dah pegi sekolah. sampai sekolah belajar lebih kurang, kalau cikgu malas nak masuk korang bleh lepak sambil sembang pasal rancangan tv semalam, masa tu kat sandakan ada Tv1, tv2 dan tv3. Astro takde lagi masa tu. jadi takdelah rancangan-rancangan mengarut cam AF, raja lawak, tomtom bak. paling advance boleh cerita, drama minggu ini atau majalah 3. Kalau yang indie sket, blehlah cerita pasal tape blue terbaru dalam pasaran.

Masa tu takde terfikir masalah-masalah dunia ni, masalah sendiri pun malas nak fikir apakejadahnya nak fikir pasal krisis minyak antarabangsa dan perpecahan negara Chzecslovakia. Hidup macam takde masalah. Aku rasa masalah paling besar masa tu pun masalah ko tak siap kerja rumah. disamping masalah sembelit dan awek tak balas surat cinta.

Masa tu kawan-kawan ni macam kaunselor, boleh cerita apa-apa pun, orang yang paling rapat dan paling korang percayai, melebihi mak bapak korang. mungkin korang tak cerita korang date dengan sape semalam, atau ko kena cekup sebab main ting-tong, tapi dengan member korang boleh kongsi yang rahsia tahap negara.

tapi bila jumpa balik member-member yang banyak simpan cerita mesum korang, yang banyak bagi nasihat yang baik atau kurang baik, yang sama-sama berkonspirasi berbuat tindakan yang tidak berakhlak, selepas 10 atau 20 tahun, korang dapat rasakan yang kemesraan tak macam dulu lagi. korang takkan cerita yang ko dah kahwin dua, dan dua-dua isteri korang tak tahu atau rahsia-rahsia kecil yang lain.

yerlah mana taknya, mesti ko segan giler dengan member yang dah 10 tahun tak jumpa. dulu masa kat sekolah , dia belum tumbuh janggut. masa tu tiap hari lumur muka ngan minyak zaitun, nak bagi tumbuh bulu, tapi bila ko jumpa dorang hari ni, bukan takat janggut, bulu kening pun dah bersambung, dah macam anak orang utan. Atau 10 tahun lepas, rambut member korang lebat cam Ikram Dinzly, bila ko jumpa balik dah macam hutan kena ceroboh, dah macam rambut Zaibo. Atau member korang yang pakai span kat tempat yang sepatutnya menonjol bagi kaum wanita, bila ko jumpa dia baru-baru ni, dia dah macam ahli gusti pompuan ..bergantang-gantang. mesti korang segan kan?

nak sembang lama pun tak bleh, sikit-sikit bini call, tanya kat mana atau minta suruh beli susu dan pampers anak. atau call dari client korang, yang jadi businessman la. Yang jadi cikgu, ada gak terima call dari client, especially yang join MLM.haha. yang paling haru bila nak jumpa member lama kena bawa anak-anak sekali sebab order dari bini. nak mengaku bujang pun tak boleh.

tapi yang paling best bila korang terserempak atau menyerempakkan diri berjumpa ngan x-bf atau x-gf korang. mungkin ada yang rasa rugi sebab tak ambil terus jadi pasangan hidup. tak kurang jugak yang tak putus-putus memuji Allah sebab tak dijodohkan dengan x-gf atau x-bf korang. yerlah dulu masa couple langsing macam sheila majid, bila jumpa balik, dah macam Kak Pah dah.

Kalau takde aral melintang, pada 11.11.2011 atau 11.11.11 kitorang cadang nak wat gathering utk form 6 SMK Sandakan batch 99. kalau korang nak join, atau ada contact dengan member2 kita , bleh contact aku atau si mas = http://mylittleparade.blogspot.com, atau si santi andi mapiare.

ada cadangan nak suruh pakai baju sekolah yang lama, tapi for surelah banyak butang yang terbuka dari leh kacip hari tu.hahah.

1 comments:

Anonymous said...

Pakai baju sekolah ka?.. uiinaa tepaksa tempah baju baru, kain putih dan kain unggu mau berela2 di order..

Amacam uppesixers 98-99 semua..dare to take this challenge??..kita semua buang tebiat pakai baju sekolah! Lepas tu suruh si Mas tangkap gambar kita semua ..hehehe

Teman sekejap ada sekejap tiada,
Ah Chi.