»

Tuesday, July 7, 2009

Kantin

kalau kira ngan jari tangan pun aku rasa cukup untuk menghitung berapa kali aku menjejakkan kaki ke kantin sekolah. aku tak sanggup beratur panjang, berhimpit-himpit dan akhirnya teraba seseorang, sama ada yang sejenis ngan ko, atau berlawanan jantina ngan ko hanya sebab nak beli mee goreng 50sen dan air sirap 20sen. tapi kalau ada orang belanja, awal-awal gua rembat nasi kuning lauk ayam. kalau ko makan ngan cikgyu, atau pengetua memang layanan yang ko dpat mcm layanan kedai mamak 4 bintang.

tapi bila korang pegi sendiri, pastu beli plak karipap ngan air oren, layanan memang cam kodi gua cakap. dahlah karipap keras cam batu, pastu tak bagi plastik plak tu. aku rase kalau korang beli air sirap 10sen, makcik kantin minta korang nganga pastu dia bubuh je air dalam mulut korang. 20sen tu sebab dia cas kat plastik tu la. ari tu aku ada suruh sorang makwe ni beli karipap untuk aku..sebiji beb..balik dari kantin dia bawa karipap tu bungkus dalam tisu. aku tanya tisu tu sapa punya. nasib baik dia kata tu tisu dia, aku kalau tisu awek ni, bungkus apa pun aku telan ..hahah

ari tu aku tengok makcik kantin tu isi air paip dalam satu tong air, pastu dia bubuh gula, sirap then kacau-kacau, pastu bubuh ais batu then tutup tong air tu. pastu dia bagitau aku," buat air ni kita kena jaga barsih-barsih, nanti sakit parut itu budak2 skul". ermm...tapi paip tu semalam budak2 yang camping buat tempat basuh pas buang air. err..kira-kira bersih ke ek?

start ari tu gua tak minum air murah-murah ni. gua kalau nak minum pon order coca-cola, fanta, oren, paling koman pun susu kacang dalam kotak kat kantin.

Masa rehat 30minit bagi aku tak cukup untuk pelajar membeli makanan kemudian makan dan terus masuk kelas. bagi aku amalan tersebut tidak sihat terutamanya untuk sistem penghadaman. paling kurang kena bagi rehat 2 jam untuk pelajar mendapatkan gizi seimbang. pastu bagi plak masa rehat 2 jam untuk pelajar rehat dan proses pencernaan berlaku secara teratur di dalam perut. masa ni nak tido pon bleh. barulah ni rehat yang bermanfaat dan sihat bagi aktiviti belajar. ni 30 minit, mcam tak ikhlas je bagi rehat.

walaubagaimanapun kantin adalah sebahagian dari rekahan-rekahan memori kami sewaktu persekolahan dulu. tidak dinafikan kantin juga mempunyai tugas-tugas sampingan seperti kawasan untuk mengulangkaji pelajaran, tempat untuk bersantai dan kadang-kala digunakan sebagai tempat untuk bercinta bagi pelajar-pelajar yang tidak mahu dituduh berdua-duaan di tempat sunyi.

4 comments:

Anonymous said...

citer pasal kantin nie.....betul lah punyalah payah mambali kalau waktu rehat.kena lagi yang badan kemetot mcm aku nie...(masa tue ler 1998-1999)...jd mangsa jak lah dihimpit2 oleh org yg mcm sumo...
last2...oleh kerna selalu betul aku payah mebeli,aku amik keputusan bw bekal dr rumah.....boleh jimat duit lagi...
-dyan-

Anonymous said...

oooo.skrang dah tinggi eik?

Anonymous said...

amboi2...menyindir nampak...

gopenghagen said...

bukan bah..tanya saja bah itu..hahah