»

Monday, June 22, 2009

Tambang

dulu pakai baju sekolah dapat tambang murah

Karamunting-bandar = RMo.45
Bandar-SMK= 3 kupang, klu belanja awek kena double.

sekarang berapa aah?

Thursday, June 18, 2009

dangdut..lu org tau apa itu dangdut? dangdut bukanlah hanya sekadar genre muzik yang dinyanyikan oleh sebilangan artis yang cool seperti rhoma irama atau yang poyo seperti iwan, di sandakan dangdut adalah satu lifestyle yang anti-urbanz dan pro-establishment serta mempunyai peminat-peminat tegar terutamanya di estate-estate, kilang-kilang dan kawasan setinggan dan yaa..tidak lupa juga di depot-depot tahanan imigresen.


kalau rap, raggae, disco muzik atau keroncong punyai peminat yang bermusim, dangdut tetap cool dengan jumlah peminat yang istiqamah dan lestari. sinonimnya dangdut cukup mesra dengan orang bugis, jadik selain dikenali dengan nama samaran seperti achok, sesetengah orang bugis juga lebih mesra dipanggil sebagai dangdut. juga amat diminati oleh golongan om-om, sama ada yang berpermit ataupun tidak.

walaubagaimanapun sebagai yang dinyatakan diawal artikel ini, dangdut bersifat anti-urbanz, jadi adalah menjadi satu kemaluan yang besar apabila seorang yang mengakui dirinya sebagai penganut aliran rock keras seperti H.I.M atau megadeath mempunyai koleksi kaset dangdut rhoma irama atau Ike. mereka boleh sahaja mengaku pernah mengskodeng anak jiran, kencing di dalam kelas atau menonton vcd lucah..tapi untuk mengaku sebagai peminat dangdut, tidak sekali.

orang yang mempunyai sifat-sifat kedangdutan boleh dikenali melalui bebrapa perilaku yang ditonjolkan melalui kehidupan sehariannya. pertamanya mereka ini suka berpimpin tangan apabila berjalan, tidak kiralah ke mana arah tuju mereka. mereka juga gemar memakai pakaian yang berwarna garang dan kadangkala agak skema antaranya sentiasa memasukkan baju ke dalam seluar walaupun pada ketika itu mereka memakai baju melayu..hahaha.


gua tak berani nak cerita lebih-lebih pasal dangdut ini, kerana peminat dangdut juga dikenali sebagai kaum yang emosi. meerka boleh sahaja melakukan pemberontakan sekiranya dasar dangdut mereka dikecam atau dikritik. tapi aku rasa penyokong mir hussain muosavi bukanlah peminta rhoma irama..


Thursday, June 11, 2009

SMK

rata-rata budak uppersix kaki bandar. kalau sehari tak turun bandar, mmg sahlah dorang tak gi sekolah hari tu. nak buat mcam mana kan, dah stesen bas labuk n bas leila tu duk tengah bandar, terpaksa turun town paling kurang 5 kali seminggu..mmg tahap urbanz giler arr.


salah satu kelebihan jadik budak SMK, orang takut ngan ko. tengok batch SMK semua getar lutut. tu sorang, klu jalan ramai2, polis pun tak berani nak sound..hahaha.. bila aku ingat balik, rase macam nak tergelak sorang2..perangai dulu2 sebijik macam bangla, jalan ramai-ramai, macam rombongan pengantin, tu belum masuk bab yang suke pegang tangan.,entah apa-apa.



tapi dulu sandakan bukan mcam sekarang, dulu nak carik port nak lepak, mcm nak carik masjid kat moscow, punyalah susah. kalau adapun dah disapu dek si galang-galang. seotai-otai budak SMK, nak sound si galang-galang ni memang terkincit dalam suar la kalau berani. selalunya yang rock sket jalan kaki gi taman belakang pejabat pos, masa tu tembok tu takde lagi. tapi tempat tu skema sangat. apa barang beb, rokcers lepak taman bunga?...satu lagi port, taman depan pejabat MPS. masalahnya tempat tu takde tempat redup, jadik ko akan kelihatan mcam org bodoh, kalau ko cube tunjuk lagak time matahari terik kat situ.


tempat paling femes, aku rasa wisma sandakan. betul-betul tepi masjid jamek. bagi budak2 sandakan zaman aku, wisma ni tahap macam KLCC la skrang. bangga dapat naik escalator atau dalam bahasa melayunya "tangga berjalan", masa tu nak beli pen pun naik wisma. masa aku balik hari tu, ada gak riki-riki tempat tu, tapi tangga tu dah tak berjalan, kalau nak naik kena guna manual menapak.



tapi walaupun sandakan ni takdelah semaju bndar2 besar lain, aku tetap rindu bila lama tak balik. sandakan ni oldskul sket, itu yang aku suka tu. boleh makan mencangkung tepi longkang, bole beli sayur kat kaki lima, naik bas yang aku rasa mcam sebaya ngan mak aku..


korang budak2 uppersix99 tak nak balik sandakan ke?





p/s: gambar2 ada ciplakan dari blog si mas. http://mylittleparade.com/

Wednesday, June 10, 2009

Kapur


" sayang, sekolah awak pakai kapur lagi tak?"

"huh..ingat sekolah orang kat Azerbaijan ke? mana de pakai kapur, pakai maker la..LCD pon pakai maaa.."

itu dialog antara aku dan isteri aku semalam. aku gatal mulut nak tanya bukan apa, sebab
terkenang balik zaman persekolahan dolu2, time pakai kapur dan papan hitam dari plywood. entah kenapa orang panggil papan hitam walaupun sepanjang karier sebagai seorang pelajar, aku belum pernah menemui papan hitam yang berwarna hitam. mungkin papan hijau yang dipadankan dengan kapur putih itu berbau politik..mungkinla..

gambar ni sekadar hiasan, takde sorang pon dari kelas kami bermuka seperti mereka

berbalik pasal cerita kapur tadi, zaman aku bersekolah dari sekolah rendah sehinggalah tingkatan 6, kapur masih menjadi sebahagian dari silibus wajib dan alatbantu mengajar yang paling diperlukan. kadang-kadang ada guru yang rajin sket, guna projektor..projektur siyut..kira masa tu projektor to setaraf TV LCD 42 inci la. seronok giler bila cikgu masuk kelas junjung projektor. seronok dan teruja, macam seronok menunggu member pasang VCD lucah kat dvd player.

tapi yang selalu potong stim, projetor ni tak boleh guna lama, lama sikit benda ni jadik panas, bila panas kena la off. rasa2 aku dalam projektor tu ada water heater la..xpon seterika..jadik terpaksa cikgu tu baca je apa benda yang dah ditulis kat kertas plastik invicible tu...frust..nak buat macam mana..

berbalik kepada cerita kapur tadi, kapur biasanya datang dalam kotak2 kecik, dalam tu tak silap aku ada lebih kurang 100 batang kapur. kalau digunakan secara berhemah, satu penggal boleh tahan. tapi kalau dapt kat budak2 berjiwa tentera, maka kapur itu akan diterjemahkan ke bentuk peluru dan boleh habis dalam masa tidak sampai sejam.

satu benda paling leceh bila kapur habis, adalah proses meminta sedekah kapur dari kelas berdekatan. beb..lu rasa macho lu takat mana bila lu kena minta kelas sebelah punya kapur? muka samseng cam hamid gurkha,tapi datang nak minta kapur...senyuman manja awek2 kelas sebelah tidak lagi mengundang gelora syahwat seperti hari-hari biasa.

kapur ni dipadankan dengan pemadam papan hitam, ada yang berbentuk sfera dan kain sepenuhnya, ada gak yang berbentuk 4 segi dengan sebahagian darinya adalah kayu. selain digunakan sebagai pemadam, bnda alah ni jugak boleh digunakan sebagai "penyeyap" atau "silencer" kepada makhluk2 yang bermulut radio. sekali kena tang muka, seminggu babau (bisu).

kapur ni ada yang putih, ada yang colourful. bnda ni jugak boleh digunakan untuk mengenalpasti manusia yang sering mengepow kerusi feveret korang. letaklah kapur kat bahagian tempat duduk kerusi tu, jadik mana2 mamat atau minah yang berlumuran kapur dipunggung mereka, merekalah orang yang patut ko syaki. tapi bila kerusi tu cikgu yang pakai, silap2 ko bleh makan kapur beb.

kalau betul la apa wife aku kata, xde sekolah lagi yang guna kapur ni..aku terbayang..agak2nya tokeh kapur yang jual kapur dalam kotak merah tu berniaga apa sekarang?

Wednesday, June 3, 2009

Cinta guru

semasa di bangku persekolahan , tidak kurang yang jatuh hati pada guru sendiri. begitu juga kami, lumrah sebagai insan normal, kami sentiasa dirundung rasa sayang dan cinta pada ciptaan yang indah. ditakdirkan ramai dari guru kami, yang wanita khususnya, mempunyai ciri-ciri kewanitaan yang sering menjadi idaman lelaki.

ada seorang guru sejarah yang pernah mengajar kami, aku lupa namanya. mmng cun, gewe kelate, kecik molek orghe dio. bak kata pepatah, ditiup angin meliuk, disapa bayu menari, begitulah gemalainya guru ini. hitam manis orangnya. maka ramailah dari budak-budak uppersix yang mendambakan guru ini. beb..gua x into lagi bab-bab ni masa tu..dulu gua rock..rock mana bley cinta-cinta..paling sentimental pon, cintailah bahasa kita..

dilanjutkan cerita, cikgu ni mengajar bab sejarah Asia Tenggara dan Tamadun Islam. subjek ni plak, kena banyak tulis, masa tu penggunaan LCD dalam kelas adalah sesuatu yang diluar imaginasi. jadik terpaksalah cikgu ni tulis nota kat papan hitam, nak harap budak2 ni buat nota sendiri..haram..korang bleh bayangkan tak, kalau seorang makhluk yang cantik sedang menulis di papan hitam membelakangimu..bole?

lagipun adalah kurang manis melihat keluar ketika guru sedang mengajar..jadik kenalah tengok straight ke depan kan..kenalah tengok cikgu tu kan..korang rasa part mana yang 'terpaksa' ditengok tu..gua tak cakap apa2 beb..masa tu gua rabun lagik.

sebab tu biler bab cikgu ni mengajar, mmg bebudak lelaki jadi tetiba rajin. yang kaki lepak tangga, duduk macam malaikat dalam kelas, yang kaki kencing, sanggup kepit kaki tak nak gi toilet. yang kaki tido, mata besor je macam ikan kembung biler cikgu mengajar.

tapi cikgu ni ajar kitorang tak habis, dia transfer balik semenanjung. katanyer nak kawen. maka ramailah yang frust..tak dapat nak tackle cikgu tu. ada yang sampai tahap nak jumpa bomoh, syirik betul dorang ni.

gua? gua apa barang cinta sama lu punya cikgu..cinta sama bahasa lagi bagus

Friday, May 15, 2009

cerita Seorang kawan

entry ini entry sedih..cerita pasal nasib seorang rakan kami, x-uppersixers 1. kami tahu jalan hidupnya penuh kesukaran, aku tak ketemu perkataan yang sesuai untuk menceritakan masalah kawan kami ini. cukuplah aku katakan hidupnya seharian penuh kesukaran, dia menghidapi penyakit sawan.

semasa belajar di form 6 dulu, beliau kadang2 menghadapi masalah penyakitnya di waktu sekolah, dan seperti yang diceritakan oleh rakan kami dalam satu peristiwa http://mylittleparade.blogspot.com/2009/02/kena-pikir-lama-lama.html , dan aku juga berada di situ, ia memberikan kesan yang terlalu mendalam kepada kami semua.

dan setelah lebih sepuluh tahun, semalam aku dikhabarkan oleh mas, kawan kami ini telah pergi menemui tuhannya tidak lama selepas kami tamat pengajian di SMK sandakan. terkejut, tergamam, rasah bersalah datang menghambur dalam diri aku.

rasa bersalah dan sedih berbaur semakin pekat dan likat, apabila diberitahu tentang bagaimana dia menghembus nafas terakhir..bersendirian..setelah terpaksa 'dikurung' oleh keluarganya kerana penyakit yang semakin menggila. dia mati dalam 'kurungan'...ahhh sukarnya kehidupanmu kawan...

mudah-mudahan segala kesukaran dan kegetiran yang kau alami, memudahkan kau untuk bertemu dengan tuhanmu dalam tenang dan damai..Al-Fatihah

Tuesday, April 28, 2009

Bilik kami

dulu budak2 lelaki uppersix ada dorm sendiri, lepas rasuah skek2 ketua asrama, bodek2 warden, buat muka malaikat, maka kami telah dianugerahkan sebuah bilik khas utk uppersix. sebelum ni kena kongsi dgn budak2 , bila ada dorm sendiri, rasa bebas n bleh buat apa sahaja.

bilik tu mcm ada kuasa autonomi, kami bleh decorating ikut suka ati, tatkala semua dorm lain berwarna putih, kami memilih biru air laut tg surut sebagai latar dinding kamar tidur, sebagai melambangkan kedamaian dan keharmonian kami.

tidak cukup dgn itu, ia turut dihiasi dgn karpet yg dicilok dari store asrama. ditambah dgn 3 set double decker yg menampung penghuninya, ianya kelihatan elegan dan kontemporari.

melengkapi gaya hidup anak muda yang sentiasa aktif dan lasak, kami telah memilih sebuah meja pingpong untuk diletakkan dibahagian tengah dorm tersebut. biasanya pertandingan pingpong akan diadakan seawal satu hingga 3 pagi, dan tatkala penghuni dorm lain lena dibaui mimpi, kami sentiasa cergas dan dibantu pula oleh air milo ais yang diambil tanpa kebenaran dari kantin asrama.

yang paling istimewa adalah reka bentuk locker penghuni yang direka khas mengikut citarasa pemiliknya. aku memilih locker yang mepunyai bidai, selain memudahkan peredaran udara ia juga sebagai aprisiasi aku kepada insang ikan jerung. ada juga yg memilih untuk bentuk tradisional dengan ukiran-ukiran abstrak.

selain itu bilik ini juga dilengkapi oleh sistem audio dari set radio casette player cap sunny yang dibeli oleh saudara usman.

kain cadar juga memberikan impak kepada keselesaan dan kecantikan bilik tidur. ada yg memilih putih sebagai cadar, kata mereka senang, pakai sahaja lapik tilam, x payah cadar2. aku? aku memilih cadar gambar ninja turtle colour pink..ermmm..dan juga sarung bantal dari kain lacoste yg berwarna belang putih dan biru navy. tapi hampeh sapa pegi tido letak peta aas bantal aku..?

dekorasi bilik ini sebenarnya sedikit-sebanyak membantu kami untuk memberikan keputusan cemerlang dalam STPM. dari 6 orang penghuninya, 5 melanjutkan pelajaran ke IPT..