»

Thursday, August 20, 2009

Pengawas.

Dalam sejarah hidup aku kat SMK sandakan, ada 2 jenis manusia yang gua tak berapa nak 'cable'. 1stly, konduktor bas labuk. gua hari-hari naik bas dia pun, dia buat-buat tak kenal gua. Gua punya kenal ngan konduktot tu sampai gua bleh agak apa baju dia pakai tiap hari. selalu gua tengok dia pakai baju sama 2-3 hari. tapi dalam masa gua kenal mesra ngan dia , dia tetap pow gua tiap-tiap kali dia jumpa, 40 sen sehari. susah nak berkira betul. macam mana bumiputera nak maju, nak pegi sekolah pun kena pow. Ingat-ingt kalau kumpul duit yg dia pow gua hari-hari, gua dah boleh buat Pusat Belia dah.

Satu lagi pengawas, ni memang jenis manusia hati kering ni, kalau boleh jenis yang senyum setahun sekali lagi bagus, takat muka badut sarkas, xyahlah apply jadi pengawas, kena gelak guru disiplin ja. Aku pun tak tahu apa skema pemilihan pengawas ni, sbb aku tengok sefesyen ja. kalau yg lelaki tu, rambut sikat kemas dan berminyak, seluar seterika ada "side", baju butang penuh dan pakai singlet. kalau yang pompuan senang ja, ada iras-iras muka makcik anak 4, confirm select jadi pengawas. Dan secara tidak langsung pemilihan seperti ini akan mewujudkan jurang kelas sosial yang besar diantara golongan autokrat dan rakyat marhalah..err..marhaen. sebabnya pada kebiasaan yang selalu ada problem dengan pengawas ni yang rambut last sekali potong masa raya 2 tahun lepas, seluar bukan takat tak seterika, basuh pun satu semester sekali, baju butang tang pusat ja, singlet? silap-silap seluar dalam pun tak pakai.

Sebab tu bila gua dorang angkat martabat gua sket jadi pengawas gua dan gelabah. 4 hari gua x makan nasi. Aphal plak nak lantik aku jadi pengawas, ketua tukang padam papan hitam pun aku rasa dah tak competent. tapi memandangkan masa tu baru je zaman reformasi nak berputik, maka suara-suara tidak bersetuju ni tahap kerongkong ja la. aku terima, walaupun hati aku tidak merelakan.

bila dah jadi pengawas kenalah buat kerja pengawas kan. takkan nak buat kerja pakcik drebar bas sekolah SMK yang dah usang, dah lah takde aircond, nak masuk pun kena ruku'. Nak kena lempang? Dan salah satu acara wajib yang perlu disempurnakan oleh pengawas ni adalah menjaga pintu pagar sekolah bagi menyaman mana-mana budak sekolah yang datng lambat macam sekolah tu mak bapak dia yang punya. Aku sebenarnya tak sampai hati nak saman, apatah lagi kalau yang datang lewat tu perempuan yang tak berdosa dan lemah yang sepatutnya dilindungi. manalah tahu kan, dia lewat sebab tolong mak basuh baju ke, nak masak lagi, nak mandikan adik lagi, nak pakai make-up lagi. tapi apakan daya sebab aku jalankan tugas , kenalah aku ambil nama juga.

Hari tu ada sorang awek, lawalah jugak, kalau nak buat awek memenuhkan kouta blehlah masuk dalam list. sekali hari tu dia datang lewat, gua dari jauh dok usha. nak saman ke tak. gua punya naluri lelaki yang cepat menyayangi wanita ni dah kata tidak. jiwa gua yang keras satu lagi, duk kata saman je. sapa suruh lambat, lainlah kalau dia awek lu, lu bleh buat-buat tak nampak ja.
bila dia sampai depan pagar je, gua buat muka Eman Manan masa nak buka langkah silat.
" Nama ?"
dia tunjuk kat dada dia, kat dada dia ada nametag.
"nama?" gua buat-buat tak faham.
sekali lagi dia tunjuk dada dia, kali ni lagi dekat.
"nama?"
dia tetap tunjuk dada dia
"nama?" gua mengeraskan suara suara gua.
Akhir sekali dia bagitau nama dia secara lisan, mungkin dia kagum dengan tahap keimanan gua yang teguh dari godaan.

Beb, dunia pengawasan ni penuh dugaan dan hari itu adalah sebahagian dari godaan yang terpaksa ditempuhi dalam menjalankan tugas demi kepentingan sekolah dan guru disiplin. Iman gua bukanlah tahap yang bleh dibanggakan, tapi awek ari tu dia punya cutting badan , espclly kat dia tunjuk tu, menyebabkan iman gua terkawal. Dan sampai hari ni, gua pasti kalau cutting awek tu macam Fasya Sandha, confirm gua kira tutup mata ja.

Monday, August 10, 2009

tidur lewat @ hostel

masa mula-mula masuk asrama dulu satu perkara yang aku kira biasa adalah tidur lewat. budak2 uppersix biasanya study sampai kul 2-3 pagi. dan sesi tu akan diselang-selikan dengan episod mengumpat yang dahsyat. dan biasannya mengambil 95% dari waktu belajar itu. efisyen kan?

tapi apekejadahnya tidur 2 jam je sehari. Pukul 4.30 dah kena bangun solat subuh, jadi kalau korang tengok ada budak-budak yang tidur berdengkur dan mengeluarkan air galian dari mulut mereka dengan penuh innosense dalam kelas, itu budak asrama la tu. Mana ada budak SMK yg kerja menoreh untuk tidak cukup tidur. Masa tu aku pun termasuklah, yerlah baru masuk asrama kenalah ikut rentak dorang. Tapi dalam kelas memang feel mengantuk tu masyuk giler. kena plak duduk tepi tingkap, silap-silap atas meja pun bley baring.

tapi aku tak lama join geng-geng kelawar ni. aku memang jenis taat kalau bab-bab tidur ni, mak aku pesan tidur kena cukup 8 jam sehari. So masuk je pukul 10 aku terus landing kat katil aku, walaupun time tu masih time mengaji lagi. Apa barang aku nak jaga sampai kul 3 pagi semata-mata nak layan cerita budak-budak pompuan kan? lagipun aku dengar cikgu-cikgu ramai yg dah komplen sbb budak2 hostel tidur berjemaah dalam kelas masa dorang mengajar.

tapi gua salute la member2 yg boleh stay belajar smpai tengah malam, yang bawa bantal pun ada. tu belu kira yang usung selimut sekali. Jeles gak tengok mata dorang ni punya tahan, aku pukul 8 je mata aku dah sayu-sayu seperti dipupus angin semilir utara rasanya. Jadi bila dorang ajak aku join studygroup, alasan aku satu je, aku nak tidur. kalau berani tidur sekali la. dan kebiasaannya aku akan dapat penampar mesra dari penduduk aspuri.

ari tu ada gak try study tengah malam ni, manalah tahu ilmu masa tu tengah turun dari langit, tapi masuk je pukul 12, mata aku dah tak bley nak buka dah. kalau ada awek depan meja pun aku kelip sebelah mata je. nak baca buku? nak pegang buku pun pakai siku je, apahal plak nak baca kan?

Tuesday, August 4, 2009

dulu-dulu

Jailan orang pertama yang aku jumpa masa mula-mula register kat SMK sandakan. Sebab aku tak kenal sesapa lagi dan ditakdirkan budak-budak lelaki X-sekolah aku takde sorang pun kat SMK sandakan, automatic aku jadi alien. macam pelarian kemboja yang baru mendarat kat pantai kelantan. bila ada sorang sound aku dan sudi menemankan aku untuk berkenal-kenalan dengan SMK, aku begitu menghargainya. Jailanlah hero aku masa tu, my saviour, dia pun cakap sedap, macam taiko, semua orang dia hye semacam je. Dalam kepala otak aku masa tu, Jailan ni mesti saudagar barang haram ni, takpun paling koman pusher.

Disebabkan imej SMK yang tak berapa nak bersih pada ketika itu, aku terbayang akan dibelasah pada hari pertama aku kat SMK. dorang bukan boleh tengok budak lagi hensem dari dorang, dan aku pada masa tu, orang kata muka macam awie, automatic hensemlah kan..dan dorang pun tengok aku semacam je.

Aku lepak first sekali ngan geng Simin. Masa tu aku ingat dialah taiko besar sebab muka dia cam eman manan. Tapi beberapa hari selepas tu aku mula kenal taiko-taiko SMK yang terselit masuk uppersix. Masa tua aku baru kenal faisal bone, rashid sim-sim, amir lahaking, nas budak pasar, mazni forest, dan dorang ni memang dah kena maki oleh cikgu roslan martinis hari pertama dorang jejak kaki ke uppersix. dari riwayat yang sampai pada aku, dorang ni dulu memang kumpulan buangan, tapi ntah macam mana bleh lulus SPM.

Guru pertama yang masuk mengajar hari tu cikgu roslan martinis la. dari jauh aku perasan ada cahaya yang menghampiri kelas aku masa tu, ingat lampu jalan, rupanya wajah cikgu roslan yang bersinar. dia ni memang garang giler, aku pun tak tahu ada masalah rumahtangga ke apa. guru-guru yang lain semua line clear.

mula-mula aku tak berapa into budak-budak ni. tapi ntah macam mana aku boleh masuk geng dorang. nampak je jahat, tapi kalau tarbiyyah betul-betul silap-silap bleh jadi pegawai agama dorang ni. tapi satu je dorang tak boleh nak tinggal, aku pun tak berapa faham kenapa dorang tak suka pakai stoking. nak kata tak mampu, dorang layan rokok dunhill gak hari-hari. Bila spotcheck itulah kesalahan rutin yang selalu ditemui oleh mat pengawas. itu belum cek bab lain, aku rase ada gak yang tak pakai kat dalam-dalam.

Aku dah lama betul tak jumpa dengan dorang ni, last sekali aku jmpa faizal bone, dua tahun lepas, masa tu dia belum jadi cikgu, masa tu kutu lagi. Bila singkap kisah-kisah kitorang masa sekolah dulu, tak sangka hari ni bley duduk dan ada jawatan yang bagus-bagus.