»

Wednesday, October 29, 2008

Nama Manjer

aku rasa kebanyakan dari budak uppersixers ada nama manja kan..apa nama manja yg korang ingat lagi?

gabu- sapa nama betul dia ek?
sop- sopiah elal
amir-labatta' @ laks @ lahaking
usman-emang
rubiah-fei
azean-chi

lain2?

Tuesday, October 28, 2008

CeRitA sI AnaK KuBurAn

Salam semua warga x-Smk..ataupun yang masih di dlm SMK!..

Ndak taulah adakah lagi org kenal aku ni. Sebab aku budak baru dlm uppersixers 99.Mungkin segelintir jak manusia terpilih yang kenal aku..chehh perasannya anak pakcik Azman ni...

Aku baru masuk SMK tahun 99.6 atas sudah tu. Lower six aku dua bulan jak di SMK Muhibah. Masih budak2 lagi bah time tu, bersekolah pun mau cari geng yang betul2 geng.Aku minta pindah ke SMK sebab di SMK ada geng karas ku si Masnoni.Tapi dia di USA1.Di Muhibah dulu, nada satu orang pun yang aku kenal...lain betul aku rasa fenomena tu. Mengkali juga aku anak manja terbiasa dikelilingi oleh orang2 yang aku biasa jak.Lepas tu rasa ndak best sebab kembar aku pula ndak sambung sekolah lagi.Bayangkanlah bah...dari kecil dari Tadika, mesti ada sidekick ku di sebelah sampai form 5.Bila form 6 single mingle jak ni berjalan...macam ganjil betul aku rasa dan macam org bodoh berjalan sorang2...huhu

Sampai pacik ku yang garang mau mampus tu marah aku. "Dalam kubur pun kau satu orang jugak!"....aku ingat kata2nya tu sampai sekarang aku sudah independen boleh berjalan sorang2 walaupun limpas kuburan huhuhuhu......

To be continued aku mau bersiap mo pi sekolah...Salam..

Norazean Azman USA2.

Thursday, October 23, 2008

CaRa Nak PosTing

salam,

buat kengkawan yg berkeinginan utk berkongsi cerita, mengimbau kenangan, membongkar rahsia atau apa sahaja bolehlah menghantar artikel dalam apa jua bentuk sama ada cerpen, certot (cerita kontot), novel bersiri, pantun, syair, gurindam atau apa sahaja bentuk kepada alamat e-mel moderators :

uppersixers@yahoo.com

segala artikel akan disiarkan tanpa editing dari segi makna dan rasa.

sekian.

moderator uppersixers

p/s : dyan, sori x reply SMS ko, aku ada dalam court tdi. apa2 pun...ulu pun ululah..yang penting iban..heheheh..jgn marah eh.

Wednesday, October 22, 2008

Open FoR All?

ni cadangan aku. sekadar cadangan je la. memandangkan hits blog ni semakin menghampiri ke angka 2000 dalam tempoh hanya lebih kurang 2 bulan, maka aku telah berfikir menggunakan otak kanan aku untuk membuka blog ini kepada all ex-smks, termasuklah guru-guru, pengawas-pengawas, staff2 dan pakcik drebar . ini bagi memeriahkan lagi blog ni.

hujah saya, walaupun blog ini pada mulanya dibina atas tujuan dan matlamat utk mengumpulkan semula uppersixers 99 smks, namun sehingga kini, hanya blog ini yang sehingga ke hari ini yg dibina atas tujuan itu. so, disamping menggalakkn pembinaan blog2 dari ex-smks dari puak tingkatan 5 ke, kumpulan budak2 asrama, kawanan pengawas(ahakz..)adalah baiknya kita berkumpul disini dan saling bertukar maklumat.

itu cadangan sahaja, kalau tak setuju katakan tidak, kalau bersetuju katakan ya.

ada "bran" respons?

Monday, October 20, 2008

my secret recipe

aku rabun.tapi aku tak nak pakai cermin mata.macam budak skema.



so bila che'gu2 menulis di blackboard aku memang x nampak. aku cuma nampak che'gu ja.



sebab tu sebelum masuk kelas, aku baca dulu. dalam kelas aku cuma dengar n cuba fahami. bila balik rumah or hostel, baru aku buat notes atau mind maps. sebab tu korang jgn heran kalau aku bawak sekeping file ja pegi masuk kelas.



alhamdulillah, dari kekurangan tu aku beroleh sedikit kelebihan.



tapi yg paling basic, jangan sesekali melukakan hati seorang guru.

Friday, October 17, 2008

bLaCk & wHiTe

pembentangan pengajian am

ari 2 cikgu ku swee lan suruh kitorang semua pakai baju itam puti... hanya c aris ja yg berjaya pakai baju itam puti 2 sekarang. huhuhu....

siuknya masa 2... masa pembentangan, antara kena komen aku la. sbb suka menunjuk bila bercakap.... bukan apa 2 cover nervous....

NurulExUSA

CaNDy....

ntah sapa punya idea la, letak gula2 atas meja cikgu? cikgu ahmad masrizal suka makan gula2 kopi 2...
ntah la sapo la yg komplen 2?
sebab musabab di komplen? tolong jawab?

NurulExUSA2