bagi mengatasi masalah kedatangan lewat pelajar ke sekolah terutamanya di waktu sesi pagi, pihak pengurusan sekolah yang diterajui oleh pengetua yang bijak bestari telah memperkenalkan "pas kebenaran datang lewat" bagi pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari sekolah. kaedah ini mungkin memberikan sedikit keringanan kepada pelajar yang sebelum ini secara istiqamahnya didenda oleh gerombolan pengawas kerana gagal hadir ke sekolah sebelum pukul 6.50 pagi.
walaubagaimanapun, agak menghairankan apabila ada pelajar yang duduk sepelaung atau sepenanak nasi sahaja dari sekolah mampu memiliki pas ini. tambah ajaib, ada jugak 2-3 kerat pelajar asrama yang mempunyai pas seperti ini.
mungkin masalah integriti dan ketirisan bemula di sini...
Monday, March 22, 2010
pas datang lewat
Posted by UpperSixers at 3:44 PM 1 comments
Thursday, March 4, 2010
perasmian
gua tengok blog ni dah lama tak bertebas, lu orang tengok belakang tu, kalau biar sikit hari lagi bleh jadik bebalak rumput rampai tu. gua bukan ada idea sangat pun nak tulis, tapi gua kesian tengok blog ni lama terbiar, tahap gersang-gersang gua ingat. kalau anak dara baru kahwin tak disentuh pun minta fasakh, apatah lagi blog ni.
lu orang pegi mana weii? aphal bisik-bisik pun korang takde tinggal kat blog ni? lu orang tak pakai internet ke apa?
hari ni gua tak nak tulis banyak-banyak. aggaplah ini kata-kata perasmian, errr perasmian kali berapa pun gua tak berapa nak count dah. kalau takde aral melintang, atau roadblock polis nak cari duit lebih, gua akan sentiasa update blog ni. korang plak rajin-rajinlah kasi komen, ada sikit gua punya motivasi up.
ok. chow
Posted by UpperSixers at 11:25 AM 0 comments