»

Monday, March 22, 2010

pas datang lewat

bagi mengatasi masalah kedatangan lewat pelajar ke sekolah terutamanya di waktu sesi pagi, pihak pengurusan sekolah yang diterajui oleh pengetua yang bijak bestari telah memperkenalkan "pas kebenaran datang lewat" bagi pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari sekolah. kaedah ini mungkin memberikan sedikit keringanan kepada pelajar yang sebelum ini secara istiqamahnya didenda oleh gerombolan pengawas kerana gagal hadir ke sekolah sebelum pukul 6.50 pagi.

walaubagaimanapun, agak menghairankan apabila ada pelajar yang duduk sepelaung atau sepenanak nasi sahaja dari sekolah mampu memiliki pas ini. tambah ajaib, ada jugak 2-3 kerat pelajar asrama yang mempunyai pas seperti ini.

mungkin masalah integriti dan ketirisan bemula di sini...

Thursday, March 4, 2010

perasmian

gua tengok blog ni dah lama tak bertebas, lu orang tengok belakang tu, kalau biar sikit hari lagi bleh jadik bebalak rumput rampai tu. gua bukan ada idea sangat pun nak tulis, tapi gua kesian tengok blog ni lama terbiar, tahap gersang-gersang gua ingat. kalau anak dara baru kahwin tak disentuh pun minta fasakh, apatah lagi blog ni.

lu orang pegi mana weii? aphal bisik-bisik pun korang takde tinggal kat blog ni? lu orang tak pakai internet ke apa?

hari ni gua tak nak tulis banyak-banyak. aggaplah ini kata-kata perasmian, errr perasmian kali berapa pun gua tak berapa nak count dah. kalau takde aral melintang, atau roadblock polis nak cari duit lebih, gua akan sentiasa update blog ni. korang plak rajin-rajinlah kasi komen, ada sikit gua punya motivasi up.

ok. chow

Tuesday, December 1, 2009

apa khabar kawan-kawan?

apa khabar si zaidi?
apa khabar si suhaili?
apa khabar si ermi?
apa khabar si simin?
apa khabar si mimie?
apa khabar si khairil?
apa khabar si rasyid?
apa khabar si sumarni?
apa khabar si adin?

apa khabar kawan-kawan kita?

Tuesday, October 13, 2009

lama betul x tulis apa2 dalam blog ni. dalam mood raya lagi ni susah mau dapat idea. nantilah ada idea aku tulis la, buat masa sekarang ni aku umumkan, every wednesday, pukul 4.00 petang adalah waktu gathering uppersixera kat chatbox. starting esok, so sapa2 mahu chat, tunggu pukul 4 petang esok.

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya


Wednesday, September 9, 2009

09.09.09

Hari ini 09.09.09, ramai yang mungkin lupa apa yang berlaku pada 09.09.99. termasuklah aku. Jadi automatik tak dapatlah aku nak tulis pasal 09.09.99 secara detailnya. Tapi secara umumnya pada 09.09.99 kita masih berada di form 6 kan?

hari itu sudah semakin hampir dengan STPM, juga bererti semakin hampir dengan tamatnya zaman persekolahan kita. Sebab lepas form 6 takde lagi tingkatan 7 atau lapan kecuali kalau pergi ke Zimbabwe, mereka ada sampai tingkatan 10. Hari-hari akhir yang dilalui itu terasa begitu cepat, secepat wajah mentari pagi menyapa pagi.

Rutin seharian pergi dan pulang ke sekolah hari-hari akhir itu serasa bergitu berharga. Maklumlah hari-hari akhir itu adalah masa-masa berbaki untuk mengecapi zaman persekolahan. Hari-hari akhir kita memakai baju seragam sekolah secara legalnya. Sebab lepas ni kalau kita memakai pakaian sekolah dengan janggut dan misai, aku rasa ramai yang tak yakin kita ni budak sekolah.

Hari-hari akhir itu juga membawa kepada beberapa rungkaian peristiwa yang banyak terpendam sekian lama. Kawan yang sudah lama tidak bertegur, kembali menjalin ukhuwwah. yang memang tidak bertegur kerana berlainan idealogi dan artis pujaan, cuba-cuba untuk menjalin diplomasi. Hari-hari akhir itu juga kadang-kadang ada yang menerima surat berisi ayat-ayat bunga meluahkan rasa yang lama terpendam.

Aku tak tahu kenapa 09.09.09 ini aku teringat benar kisah 10 tahun dulu yang aku tak boleh meletakkan semula dalam ruang memori. mungkin korang ingat?

Thursday, September 3, 2009

Tatabahasa Dewan


korang ingat buku ni tak? buku tatabahasa dewan yang siyoknya dibuat bantal? tak silap aku zaman kita dulu warna buku ni hijau muda.
Cikgu yang ajar subjek ni Cikgu Myrene Gidung, tak silap aku dia dah tak mengajar kat SMK lagi. Salah satu cikgu yang paling tabah aku pernah tengok di era ini. mana taknya, aku rase masa dia mengajar 80% kelas boleh selamber tido tapi dia buat tak tahu ja dan teruskan mengajar. tu belum bab yang mengukir meja, yang ketip kuku, baca katalog baju dalam, yang merenung padang. Yang betul-betul ambil perhatian aku rasa yang duduk depan ja. itu pun tak ikhlas, seban dorang duk betul-betul depan cikgu myrene.
Aku tak pernah beli buku tatabahasa dewan ni, aku pinjam dari library ja. Setahun setengah aku pinjam. amacam? rajin tak aku baca?