»

Monday, March 22, 2010

pas datang lewat

bagi mengatasi masalah kedatangan lewat pelajar ke sekolah terutamanya di waktu sesi pagi, pihak pengurusan sekolah yang diterajui oleh pengetua yang bijak bestari telah memperkenalkan "pas kebenaran datang lewat" bagi pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari sekolah. kaedah ini mungkin memberikan sedikit keringanan kepada pelajar yang sebelum ini secara istiqamahnya didenda oleh gerombolan pengawas kerana gagal hadir ke sekolah sebelum pukul 6.50 pagi.

walaubagaimanapun, agak menghairankan apabila ada pelajar yang duduk sepelaung atau sepenanak nasi sahaja dari sekolah mampu memiliki pas ini. tambah ajaib, ada jugak 2-3 kerat pelajar asrama yang mempunyai pas seperti ini.

mungkin masalah integriti dan ketirisan bemula di sini...

1 comments:

Anonymous said...

Aik? belum apa apa lagi kemudahan ini sudah disalahguna pakai..harap pihak sekolah ambil tindakan..