»

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya


Wednesday, September 9, 2009

09.09.09

Hari ini 09.09.09, ramai yang mungkin lupa apa yang berlaku pada 09.09.99. termasuklah aku. Jadi automatik tak dapatlah aku nak tulis pasal 09.09.99 secara detailnya. Tapi secara umumnya pada 09.09.99 kita masih berada di form 6 kan?

hari itu sudah semakin hampir dengan STPM, juga bererti semakin hampir dengan tamatnya zaman persekolahan kita. Sebab lepas form 6 takde lagi tingkatan 7 atau lapan kecuali kalau pergi ke Zimbabwe, mereka ada sampai tingkatan 10. Hari-hari akhir yang dilalui itu terasa begitu cepat, secepat wajah mentari pagi menyapa pagi.

Rutin seharian pergi dan pulang ke sekolah hari-hari akhir itu serasa bergitu berharga. Maklumlah hari-hari akhir itu adalah masa-masa berbaki untuk mengecapi zaman persekolahan. Hari-hari akhir kita memakai baju seragam sekolah secara legalnya. Sebab lepas ni kalau kita memakai pakaian sekolah dengan janggut dan misai, aku rasa ramai yang tak yakin kita ni budak sekolah.

Hari-hari akhir itu juga membawa kepada beberapa rungkaian peristiwa yang banyak terpendam sekian lama. Kawan yang sudah lama tidak bertegur, kembali menjalin ukhuwwah. yang memang tidak bertegur kerana berlainan idealogi dan artis pujaan, cuba-cuba untuk menjalin diplomasi. Hari-hari akhir itu juga kadang-kadang ada yang menerima surat berisi ayat-ayat bunga meluahkan rasa yang lama terpendam.

Aku tak tahu kenapa 09.09.09 ini aku teringat benar kisah 10 tahun dulu yang aku tak boleh meletakkan semula dalam ruang memori. mungkin korang ingat?

Thursday, September 3, 2009

Tatabahasa Dewan


korang ingat buku ni tak? buku tatabahasa dewan yang siyoknya dibuat bantal? tak silap aku zaman kita dulu warna buku ni hijau muda.
Cikgu yang ajar subjek ni Cikgu Myrene Gidung, tak silap aku dia dah tak mengajar kat SMK lagi. Salah satu cikgu yang paling tabah aku pernah tengok di era ini. mana taknya, aku rase masa dia mengajar 80% kelas boleh selamber tido tapi dia buat tak tahu ja dan teruskan mengajar. tu belum bab yang mengukir meja, yang ketip kuku, baca katalog baju dalam, yang merenung padang. Yang betul-betul ambil perhatian aku rasa yang duduk depan ja. itu pun tak ikhlas, seban dorang duk betul-betul depan cikgu myrene.
Aku tak pernah beli buku tatabahasa dewan ni, aku pinjam dari library ja. Setahun setengah aku pinjam. amacam? rajin tak aku baca?