»

Wednesday, September 9, 2009

09.09.09

Hari ini 09.09.09, ramai yang mungkin lupa apa yang berlaku pada 09.09.99. termasuklah aku. Jadi automatik tak dapatlah aku nak tulis pasal 09.09.99 secara detailnya. Tapi secara umumnya pada 09.09.99 kita masih berada di form 6 kan?

hari itu sudah semakin hampir dengan STPM, juga bererti semakin hampir dengan tamatnya zaman persekolahan kita. Sebab lepas form 6 takde lagi tingkatan 7 atau lapan kecuali kalau pergi ke Zimbabwe, mereka ada sampai tingkatan 10. Hari-hari akhir yang dilalui itu terasa begitu cepat, secepat wajah mentari pagi menyapa pagi.

Rutin seharian pergi dan pulang ke sekolah hari-hari akhir itu serasa bergitu berharga. Maklumlah hari-hari akhir itu adalah masa-masa berbaki untuk mengecapi zaman persekolahan. Hari-hari akhir kita memakai baju seragam sekolah secara legalnya. Sebab lepas ni kalau kita memakai pakaian sekolah dengan janggut dan misai, aku rasa ramai yang tak yakin kita ni budak sekolah.

Hari-hari akhir itu juga membawa kepada beberapa rungkaian peristiwa yang banyak terpendam sekian lama. Kawan yang sudah lama tidak bertegur, kembali menjalin ukhuwwah. yang memang tidak bertegur kerana berlainan idealogi dan artis pujaan, cuba-cuba untuk menjalin diplomasi. Hari-hari akhir itu juga kadang-kadang ada yang menerima surat berisi ayat-ayat bunga meluahkan rasa yang lama terpendam.

Aku tak tahu kenapa 09.09.09 ini aku teringat benar kisah 10 tahun dulu yang aku tak boleh meletakkan semula dalam ruang memori. mungkin korang ingat?

1 comments:

Azean Azman said...

Yang aku ingat tarikh ni 9/9/99cikgu Ramlah kita kahwin..kalau ndak silaplah.hehe